• tip
  • tip
  • tip
  • tip
Global Carbon Capture Institute (GCCSI) Website
article printer email

Pelancaran Pautan CO2degrees Challenge oleh Global Carbon Capture Institute(GCCSI)
 
Pihak GCCSI telah melancarkan pautan CO2degrees challenge pada 2 Mei 2014 bertujuan untuk mendidik dan memberi maklumat asas mengenai teknologi CCS. Pautan ini mempunyai ciri-ciri yang amat menarik seperti penerangan mengenai  teknologi CCS dan pemanasan global yang diterangkan dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Pautan ini juga menekankan akan cabaran untuk menghadkan kenaikan suhu purata global kepada 2 darjah celcius untuk memastikan tahap pencemaran Co2 dapat dikawal dengan berkesan.  Selain itu juga pautan ini juga akan membawa pengunjung memahami serta menghayati kepentingan untuk memastikan tahap pemanasan global adalah pada paras terkawal dan bagaimana teknologi CCS dapat mengurangkan kesan pemanasan global secara efektif.
 
Dengan setiap maklumat dipersembahkan dalam bentuk paparan graphik yang interaktif, pihak GCCSI berharap ianya mampu memberi pemahaman yang mendalam dan berkesan kepada masyarakat umum dan seterusnya memupuk kesedaran dikalangan mereka.
 
Semua maklumat yang terkandung di dalam pautan ini telah dipelbagaikan kaedah penyampaiannya seperti melalui pautan video, temu-bual eksklusif dengan tokoh ternama dunia dan juga sumber maklumat di mana artikel tersebut diperolehi. Ini akan menyakinkan pengunjung terhadap ketepatan maklumat dan sebagai sebuah pautan yang dibangunkan untuk memberi kesedaran mengenai isu pemanasan global dan teknologi CCS, setiap kandungan yang dimuatkan di pautan ini dapat dimuat turun secara percuma dan ianya diharap dapat menjadi sumber rujukan akademik, korporat dan juga penggubal polisi bagi membicarakan mengenai pemanasan global dan juga CCS. 
 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau Selanjutnya
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 23/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768