• tip
  • tip
  • tip
  • tip
Iklan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga
article printer email
Selasa, 06 Jun 2017
Suruhanjaya Tenaga mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman dan berwawasan untuk menyertai organisasi kami sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 merupakan agensi kawal selia bekalan industri elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Peranan:
  •  Menerajui organisasi dengan kepimpinan pro-aktif ke arah keberkesanan fungsi Suruhanjaya serta pelaksanaan visi dan misi Suruhanjaya sebagai pihak berkuasa kawal selia industri tenaga yang berwibawa.
  • Melaksana dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga negara.
  • Membangun dan mengimplementasi strategi-strategi penambahbaikan kawal selia dan pembangunan industri tenaga yang menguntungkan negara.
  • Bertanggungjawab dalam menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga.
  • Bertanggungjawab dalam menggalakkan dan memastikan keboleharapan dan kecekapan infrastruktur tenaga termasuk kecekapan penggunaan bahan api konvensional dan alternatif.
  • Melapor kepada Menteri, Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya serta dalam masa yang sama bekerja dengan pengurusan kanan Suruhanjaya dalam membangunkan hala tuju strategik Suruhanjaya, mengenal pasti isu, melaksanakan pelan operasi bagi mencapai objektif-objektif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Suruhanjaya.
  • Bertanggungjawab ke atas operasi harian dan pengurusan am Suruhanjaya.
  • Bertanggungjawab membina pasukan pengurusan yang bermotivasi dan berprestasi tinggi.
Syarat Kelayakan:
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman kerja dalam bidang pembangunan industri tenaga.
  • Memiliki minimum 10 tahun pengalaman di peringkat pengurusan kanan.
  • Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan atau pengurusan tenaga. Calon yang memiliki ijazah di peringkat yang lebih tinggi adalah satu kelebihan.
  • Memiliki kompetensi, kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengurusan, undang-undang dan pembangunan industri tenaga.
  • Mempunyai pemikiran strategik dan berkemahiran tinggi dalam pengurusan organisasi termasuk pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan pengurusan projek.
  • Mempunyai personaliti yang positif, kemahiran interpersonal dan komunikasi yang mantap dan efektif dalam membina hubungan yang baik dengan semua pihak di dalam atau di luar organisasi.
  •  Berkebolehan tinggi menjalin rangkaian dan kerjasama strategik dengan sektor Kerajaan dan industri.
  • Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
Pakej saraan yang kompetitif akan ditawarkan berdasarkan kontrak mengikut tahap pengalaman dan kelayakan calon. Individu yang berminat dikehendaki menghantar permohonan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my atau menghantar CV kepada muhammad.tawil@kettha.gov.my.
Semua maklumat permohonan adalah sulit. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan: 16 Jun 2017 (Jumaat)
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal