|
my eng decrease normal increase red blue green black
Awam Swasta warga
 
Soalan Parlimen
article printer email
Jumlah Soalan Parlimen yang dijumpai : 14

No Daripada / Soalan Kategori Tarikh
1
DATUK RABIYAH BINTI ALI
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK RABIYAH BINTI ALI minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:

(a)     jumlah ‘reserve’ sumber air mentah di negeri Johor dan Melaka serta pelan jangka pendek dan sederhana bagi meningkatkan sumber air mentah agar dapat menampung pertumbuhan dan pembangunan pesat di wilayah selatan Johor dan Melaka; dan

(b)     rancangan alternatif Kerajaan bagi memastikan negeri Melaka dan Johor tidak mengalami krisis bekalan air apabila berlakunya fenomena El-Nino.
Air 24 April 2017
2
DATUK LIHAN JOK
Dewan / Sesi : Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK LIHAN JOK minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah kemajuan dan penggunaan rakyat Malaysia dengan tenaga melalui angin dan solar.
Tenaga 24 April 2017
3
YBM ENGKU NAIMAH BINTI ENGKU TAIB
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
YBM Engku Naimah binti Engku Taib minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan setakat manakah penjanaan tenaga boleh baharu (Renewable Energy) dan kapasiti tenaga solar di negara ini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran tenaga boleh baharu  (Renewable Energy) dan tenaga solar di negara.  
Tenaga 20 April 2017
4
DR. ONG KIAN MING [ SERDANG ]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Dr. Ong Kian Ming [SERDANG] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sebab projek "solar farm" sebanyak 150MW diberikan kepada Quantum Solar Park walaupun syarikat-syarikat dalam konsortium ini tidak mempunyai pengalaman dalam pemasangan dan penyelenggaraan panel solar. 
Tenaga 03 April 2017
5
TUAN WONG SZE PHIN @ JIMMY [ KOTA KINABALU ]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan anggaran kos untuk projek Empangan Tawau. Apakah status projek Empangan Tawau sekarang dan bilakah projek ini dapat dimulakan dan bila akan siap.
Air 03 April 2017
6
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keperluan sebenar Tenaga Negara dan adakah Tenaga boleh baharu akan dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan termasuk Sabah dan Sarawak tanpa mengambil kira Tenaga Nuklear. 
Tenaga 30 Mac 2017
7
WONG SZE PHIN @ JIMMY [KOTA KINABALU]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [KOTA KINABALU] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi menampung bekalan tenaga elektrik di Kota Kinabalu. Ini kerana terdapat beberapa projek mega di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Tanjung Aru yang mungkin memerlukan tenaga elektrik lebih 300 MW. 
Tenaga 30 Mac 2017
8
DR. ONG KIAN MING [ SERDANG ]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DR. ONG KIAN MING [ SERDANG ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan pertimbangan-pertimbangan Kerajaan dalam melaksanakan rancangan janakuasa hidro-elektrik Ulu Telom berdekatan Pos Lanai, Pahang, serta memberi maklumat terperinci termasuk anggaran kos pembangunan keseluruhan, anggaran keluasan permukaan bumi yang bakal ditenggelami (impoundment area), bilangan penduduk asal dan senarai penuh kampung-kampung yang dipengaruhi dan/atau perlu dipindah semula.
Tenaga 30 Mac 2017
9
DR. ONG KIAN MING [ SERDANG ]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini projek "solar farm" 1MDB di Kuala Ketil, harga penjualan elektrik kepada TNB, kontraktor EPC projek ini dan sebab projek ini tergendala lebih dari 2 tahun.     
Tenaga 29 Mac 2017
10
DR. HAJI IZANI BIN HUSIN [PENGKALAN CHEPA]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Dr. Haji Izani Bin Husin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR apakah penyelesaian kepada masalah pengguna yang dikenakan caj lebih tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad apabila berlakunya penukaran kepada sistem meter digital.
Tenaga 29 Mac 2017
11
TUAN AHMAD MARZUKI BIN SHAARY [BACHOK]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary [BACHOK] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan laporan kajian terkini projek pembinaan Empangan Lebir dan Nenggiri. Nyatakan jumlah keluasan kawasan yang bakal ditenggelamkan.
Tenaga 23 Mac 2017
12
DATUK DR. HAJI. ABD. LATIFF BIN AHMAD [MERSING]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
DATUK DR. HAJI. ABD. LATIFF BIN AHMAD minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah bantuan Kerajaan khususnya dari Kementerian ini bagi menyelesaikan isu kemarau yang melanda Daerah Mersing terutamanya masalah di takungan air di Ampangan Chongok, Mersing.
Air 21 Mac 2017
13
TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH [SANDAKAN]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
TUAN Wong TIEN FATT @ WONG NYUK FOH [SANDAKAN] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan maklumat terkini projek pembangunan 380 MW loji jana kuasa gas di Sandakan secara terperinci. Bila projek ini akan dimulakan, berapa peruntukan akan diguna pakai dan nyatakan kontraktor yang dapat tawaran tender?
Tenaga 20 Mac 2017
14
TUAN TEO KOK SEONG [RASAH]
Dewan / Sesi : Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
TUAN TEO KOK SEONG [RASAH] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a)         berapakah jumlah kes-kes usikan meter yang diterima oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak tahun 2013 hingga 2016 berdasarkan negeri dan kesalahan; dan

(b)         mengapakah masih ramai pengguna yang mengadu mereka tidak mendapat layanan yang adil daripada TNB serta perhatian daripada Suruhanjaya Tenaga walaupun mereka langsung tidak mengusik meter. 
Tenaga 07 Mac 2017
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK DIBUKA SECARA RASMI Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 - Loji bawah tanah pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Pasifik, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) dan Pantai Eco Park telah dibuka secara rasminya... Selanjutnya
image Minister Ongkili Invites All Malaysians To Inspire The World At Expo 2017 Selanjutnya
noimage ACTING DEPUTY MINSTER KeTTHA LAUNCH THE IWA-ASPIRE CONFERENCE The Acting Deputy Minister of Energy, Green Technology and Water YB Senator Dato’ Seri SK Devamany today launched the IWA - ASPIRE 2017... Selanjutnya
noimage 59 KAKITANGAN KeTTHA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Seramai 59 kakitangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Jabatan dan Agensi telah menerima APC.. Selanjutnya
image ACTING DEPUTY MINSTER KeTTHA LAUNCH THE MBA IN INFRASTRUCTURE ASSET MANAGEMENT The Institute for Infrastructure Asset Management (IIAM) Asia Region - Malaysia... Selanjutnya
image SMART AND ECO FRIENDLY CITY SEMINAR Secretary General, Ministry of Energy, Green Technology and Water Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang has delivered keynote speech.. Selanjutnya
image Menteri KeTTHA Lancar Stesen ChargEV Serdang, 9 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah melancarkan stesen ChargEV... Selanjutnya
image MESYUARAT PERTAMA MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU DAN PERUBAHAN IKLIM YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim... Selanjutnya
noimage Menteri KeTTHA Perkenal Malaysia di EXPO Astana 2017 Putrajaya, 1 Mac 2017 - Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini telah memperkenalkan Malaysia... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA... Selanjutnya
image MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI BERSAMA WARGA KeTTHA DAN AGENSI PUTRAJAYA, 24 Januari 2017 – Majlis Perjumpaan Menteri bersama Warga KeTTHA dan Agensi serta Amanat Tahun 2017... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue Putrajaya, 10 Januari 2017 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan satu inisiatif baru iaitu Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue... Selanjutnya
image KETUA SETIAUSAHA KeTTHA SAKSI MoU ANTARA AIR BERHAD DAN UTM Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Ir Dr. Zaini Ujang menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)... Selanjutnya
noimage INDUSTRIAL ENGAGEMENT WORKSHOP ON SKILLS CHALLENGES IN THE WATER AND WASTEWATER INDUSTRY Putrajaya, 8 Dec 2016 - Universiti Kuala Lumpur through its newly establish Centre for Water Engineering and its strategic alliances; UNESCO-IHE Institute for Water Education & Malaysian Water Association... Selanjutnya
image 100 move into longhouses in Matunggong MATUNGGONG, 3 November - Some 100 people in Kampung Membatu Laut Baru, here, received an early Christmas present after finally moving comfortably into their homes... Selanjutnya
image Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Rasmi Projek Pembetungan PAPAN 1 YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany, Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melancarkan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Projek di Papan (PAPAN 1)... Selanjutnya
image 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menyampaikan taklimat berkaitan pemuliharaan tenaga dan kelestarian sempena Persidangan 22nd Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change (COP 22)... Selanjutnya
noimage MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KETTHA BERSAMA WARGA KETTHA DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang Bersama Warga KeTTHA dan Agensi Di Bawah Kementerian telah diadakan dengan jayanya pada 9 November 2016... Selanjutnya
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 22 Jun 2017
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pengguna Atas Talian onlineonline Statistik Pelawat totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
Polisi Privasi | Polisi Keselamatan | Penafian | Maklum Balas | Soalan Lazim | Peta Laman
 
sirim