Polisi e-Penyertaan
article printer email
 
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). KeTTHA sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kementerian untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook dan Twitter.
 
Oleh yang demikian, KeTTHA amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 
 
  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaanmana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau Selanjutnya
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 23/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768