Pengukuhan Industri Perkhidmatan Pembetungan
article printer email
Dalam memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan pembetungan ini mapan dan berdaya maju, elemen tarif perlu diberi keutamaan. Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Semakan Semula Tarif Pembetungan telah diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji cadangan tarif pembetungan yang baru. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai KeTTHA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). 

Kekurangan sumber CAPEX dan kebergantungan operator pembetungan sepenuhnya kepada Kerajaan merupakan antara factor yang menyumbang kepada industri pembetungan yang tidak berdaya maju. Kebergantungan sepenuhnya kepada Kerajaan dalam menyediakan keperluan tersebut bukanlah langkah penyelesaian jangka panjang yang baik dan komprehensif. Kerajaan telah menggalakkan penglibatan pihak swasta bersama-sama untuk membangunkan infrastruktur pembetungan di bawah program National Key Economic Area (NKEA) dan pendekatan ini diambil melalui pemilihan aset yang dimiliki terutamanya tanah-tanah pembetungan yang terletak di kawasan premier dan mempunyai nilai tinggi untuk dimajukan sebagai salah satu penyumbang CAPEX dalam jangka masa panjang bagi menyediakan infrastruktur pembetungan.

Satu resolusi polisi dan mekanisme pemegangan serta pembangunan tanah pembetungan telah dihasilkan. Resolusi tersebut mengambil kira aspek sumber pembiayaan CAPEX bagi industri perkhidmatan pembetungan negara hasil daripada pembangunan tanah pembetungan yang berpotensi dimajukan melalui projek usaha sama/pertukaran tanah (land swap) atau monetizing atau melalui penyewaan/pajakan tanah dengan mengambil pendekatan yang lebih kreatif dan pendekatan menang-menang (win-win situation).
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau Selanjutnya
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 23/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768