Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
article printer email
Selaras dengan Teras Strategik Lima dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan teknologi hijau. Usaha ini memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan promosi yang berterusan serta penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memupuk budaya menghayati teknologi hijau.

Penubuhan Yayasan Hijau Malaysia akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan orang awam terhadap teknologi dan amalan hidup hijau. Penglibatan badan korporat khususnya menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) dan sumbangan dana secara tidak langsung akan menggalakkan penglibatan pihak swasta/badan korporat serta memberi kesedaran akan kepentingan dan tanggungjawab pihak swasta/badan koporat untuk bersama-sama menjayakan agenda nasional.


Objektif

(i) menjadi penggerak utama dalam menggalakkan amalan dan gaya hidup hijau dan mengembangkan aplikasi teknologi hijau di kalangan masyarakat menjelang tahun 2020; dan

(ii) menjadi penghubung teknologi untuk aplikasi dan mewujudkan peluang baru dalam bidang inovasi, pekerjaan dan perniagaan.

Fungsi dan tanggungjawab Yayasan adalah seperti berikut:

(i) merancang dan melaksanakan program, strategi dan pendekatan bersepadu dalam meningkatkan kesedaran dan penerimaan masyarakat akar umbi khasnya di kalangan generasi muda dan golongan belia serta mewujudkan permintaan dan peluang-peluang dalam teknologi hijau;

(ii) menjalinkan kerjasama pintar dengan institusi/organisasi berkepentingan bagi memupuk kesedaran dan penerimaan terhadap kepentingan gaya hidup hijau;

(iii) meningkatkan penglibatan dan tanggungjawab sosial badan korporat/industri (CSR) bagi meningkatkan kesedaran dan penerimaan masyarakat mengenai kepentingan amalan dan gaya hidup hijau;

(iv) menganjurkan sesi latihan, seminar, persidangan dan bengkel ke arah memberikan pengetahuan dan menyebar luas amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau;

(v) menghasilkan dan menerbitkan artikel, buku, bahan cetak dan pendekatan kreatif termasuk mengendalikan program-program anugerah dan pertandingan inovasi berkaitan amalan dan aplikasi teknologi hijau bagi tujuan promosi dan publisiti;
 mengenalpasti potensi pengkomersialan hasil penyelidikan tempatan berkaitan teknologi hijau untuk dipadankan (matching) dengan pihak industri dan masyarakat; dan

(vi) merancang dan menyediakan peruntukan tahunan termasuk mendapatkan dana dari sektor swasta bagi melaksanakan program/aktiviti promosi Yayasan.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768