Kajian Teknologi Hijau
article printer email

Sektor Teknologi Hijau juga telah melaksanakan beberapa kajian untuk menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau Negara kepada satu pelan tindakan dan pelaksanaannya. Kajian utama tersebut adalah Green Technology Masterplan dan Roadmap Infrasturuktur Kenderaan Elektrik.

a)    Green Technology Masterplan

Penyediaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau terbahagi kepada dua (2) peringkat di mana peringkat  pertama  adalah kajian baseline (Jun 2010 - Jun 2011) dan peringkat kedua (Julai 2011 – Disember 2012) adalah bagi membentuk pelan tindakan yang terperinci.

Bagi Fasa Pertama, kajian baseline tertumpu kepada enam (6) sektor yang dikenalpasti iaitu tenaga, bangunan, pengangkutan, pengurusan air dan sisa, industri pembuatan dan teknologi komunikasi maklumat. Tujuan kajian baseline ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan Malaysia sehingga kini dalam aplikasi Teknologi Hijau. Selain itu, fasa ini juga bertumpu kepada analisa jurang (Gaps Analysis) dan mengenalpasti kaedah bagi mengisi jurang tersebut. Kementerian melalui Malaysian GreenTech Malaysia telah melantik Frost & Sullivan Malaysia Sdn. Bhd. sebagai  perunding bagi menjalankan kajian ini.

Manakala fasa kedua mendefinisikan Teknologi Hijau, Low Carbon Economy dan merangka untuk Pelan Tindakan Ekonomi Rendah Karbon yang akan merangkumi kesemua sektor utama ekonomi termasuk sektor pertanian dan perhutanan; dan membentuk garis panduan terperinci bagi menghasilkan pelan tindakan Teknologi Hijau dalam  merealisasikan DTHN.

Seterusnya →

b)     Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik

Di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP), Kementerian telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Pelan Jangka Panjang (roadmap) Pembangunan Infrastruktur bagi Kenderaan Elektrik. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah melantik GreenTech Malaysia untuk membantu penyediaan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik.

GreenTech Malaysia bersama-sama jururunding yang dilantik (TNB Research -TNBR) telah mengemukakan tujuh (7) key area bagi pembangunan keseluruhan roadmap kenderaan elektrik iaitu:

•    Rangka institusi (Institutional framework);
•    Sumber (Resources);
•    Teknologi (Technology);
•    Matriks prestasi industri (Industry performance matrices);
•    Rantai nilai (Value chain);
•    Pembangunan Pasaran dan Industry (Market & Industry development); dan
•    Projek perintis (demonstration / pilot project).

Berdasarkan kepada tujuh (7) key area tersebut, KeTTHA, GreenTech Malaysia dan Malaysian Automotive Institute (MAI) telah mengadakan 1st Electric Vehicle Roundtable Discussion pada 15 Disember 2010. Tujuan program tersebut diadakan adalah bagi mengumpul maklumbalas dan input daripada stakeholders yang terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan/Agensi berkaitan dan wakil daripada pihak industri dan pengeluar kenderaan elektrik. Hasil perbincangan tiga (3) kumpulan tersebut juga telah dijadikan input kepada pihak jururunding roadmap infrastruktur kenderaan elektrik untuk memulakan fasa pertama penyediaan roadmap iaitu dengan mengeluarkan sepuluh (10) basic checklist yang merupakan pelan strategik permulaan roadmap infrastruktur kenderaan elektrik.

← SebelumnyaSeterusnya →
Basic Checklist Pelan Strategik Permulaan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik
  • Pembentukkan Jawatankuasa Pemandu Kenderaan Elektrik
  • Penetapan standard alat bekalan elektrik kenderaan (socket-to-socket).
  • Peraturan kepada Pembekal Infrastruktur kenderaan elektrik.
  • Peraturan menetapkan kelayakan bagi kenderaan elektrik.
  • Insentif kepada pembekal pengecas infrastruktur kenderaan elektrik.
  • Insentif kepada pemilik dan pengguna kenderaan elektrik .
  • Pematuhan bacaan grid, bekalan elektrik dan lain-lain.
  • Projek Perintis.
  • Kesedaran Awam dan Pendidikan.
  • Penyelidikan dan pembangunan ke dalam teknologi kenderaan elektrik.
← SebelumnyaSeterusnya →

Fasa kedua roadmap infrastruktur kenderaan elektrik ialah pelaksanaan projek perintis kenderaan elektrik. Kementerian bersama-sama Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) telah bekerjasama dengan PROTON untuk menjalankan Program Fleet Test Vehicle (FTV) pada tahun 2011 yang tertumpu di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. Keputusan pelaksanaan FTV tersebut akan membantu untuk memastikan penyediaan roadmap infrastruktur kenderaan elektrik yang komprehensif dan boleh digunapakai di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu langkah ke arah mempromosi dan memperkenalkan kenderaan elektrik kepada orang awam.

Fasa ketiga roadmap infrastruktur kenderaan elektrik pula akan melibatkan penyediaan roadmap keseluruhan kenderaan elektrik yang akan merangkumi kesemua tujuh (7) key areas yang telah disenaraikan di dalam rangka kerja penyediaan roadmap tersebut. Output dan outcome yang diperoleh daripada fasa ketiga akan menentukan pelaksanaan fasa keempat keseluruhan roadmap iaitu pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik peringkat nasional.

Skop roadmap infrastruktur kenderaan elektrik akan merangkumi beberapa aspek utama iaitu regulatori dan pelesenan, pembangunan kod dan piawai, pembangunan stesen caj bateri, punca tenaga, smart grid, teknologi bateri atau penukaran bateri, elektronik kuasa, sistem pemanduan elektrik, keselamatan, pembekalan kenderaan dan komponen dan penyelenggaraan selepas pembelian.

← Sebelumnya
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal