Dasar Petroleum Negara 1975
article printer email

Terdapat beberapa dasar tenaga yang telah digubal pada masa lalu. Dasar Petroleum Negara telah digubal pada tahun 1975 setelah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) diluluskan.

Dasar ini bertujuan untuk mengawal selia industri minyak dan gas untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara. Berikut adalah antara matlamat-matlamat penggubalan dasar tersebut:

  • Menyediakan bekalan yang mencukupi pada harga yang berpatutan untuk menyokong objektif pembangunan ekonomi negara, dengan demikian sumber-sumber minyak dan gas untuk keperluan negara diletakkan sebagai keutamaan;
  • Menggalakkan penyertaan Malaysia dengan lebih meluas di samping mempastikan iklim pelaburan yang baik, termasuk membuka peluang untuk industri-industri downstream; dan
  • Mempastikan kesan sosial dan ekonomi yang optimum dalam penerokaan sumber-sumber minyak juga gas yang mudah kehabisan, dengan mengambil kira keperluan bagi pemuliharaan aset-aset yang semakin berkurangan serta perlindungan alam sekitar.

Dengan penubuhan PETRONAS melalui Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974, sektor minyak dan gas untuk industri tenaga telah diperkemas bagi mempastikan penyertaan Malaysia dengan lebih meluas dalam pemilikan, pengurusan mahupun kawalan terhadap aktiviti-aktiviti serta sumber-sumber minyak dan gas. Semua ini dilaksanakan melalui pengenalan sistem production-sharing contracts (PSC) bagi menggantikan sistem konsesi.

Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal