Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor
article printer email
image_1


PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR
  • Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor adalah satu rancangan untuk menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang untuk memenuhi permintaan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Sebagai agensi pelaksana, Pasukan Projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah ditubuhkan pada 16 Disember 2005 yang bertanggungjawap untuk pelaksanaan dan bagi memastikan kejayaan projek ini.
  • Projek ini terdiri dari empat komponen utama iaitu :
Lot 1-1    : Terowong Penyaluran Air Mentah dan kerja-kerja berkaitan.
Lot 1-2    : Empangan Kelau dan kerja-kerja berkaitan.
Lot 1-3A  : Muka Sauk Semantan, Stesen Pam dan kerja-kerja berkaitan.
Lot 1-3B  : Saluran Paip Semantan dan kerja-kerja berkaitan.
  • Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap sepenuhnya, terowong ini adalah terowong penyaluran air terpanjang di Asia Tenggara dan ke tujuh di dunia.

OBJEKTIF
  • Menyediakan infrastruktur penyaluran air mentah dengan keupayaan 1890 JLH dari Pahang ke Selangor mengikut jadual, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

RANCANGAN PENEMPATAN SEMULA ORANG ASLI SG. TEMIR KE SG. BILUT
 
1. Latar Belakang Projek
  • Pelan Penempatan Semula Orang Asli Sg. Temir adalah berikutan daripada cadangan pembinaan Empangan Kelau. Salah satu komponen Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor. Antara perkampungan yang terjejas dalam pembinaan Empangan Kelau ini ialah perkampungan Orang Asli Sg. Temir.
  • Oleh itu, Kerajaan Negeri Pahang telah memutuskan supaya memindahkan perkampungan Orang Asli Sg. Temir ke kawasan penempatan baru di Sg. Bilut. Pelan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
  • Rancangan Penempatan Semula (RPS) dilaksanakan bagi memenuhi syarat-syarat:
  • Perjanjian Pinjaman di antara Kerajaaan Malaysia (GOM) dan pihak JICA ( dahulu dikenali sebagai JBIC)
  • JBIC Environmental Guidelines for ODA Loans

2. Objektif Pelan Penempatan Semula (Resettement Plan) Orang Asli Sg. Temir
  • Menerangkan bilangan Orang Asli dan jenis hartabenda/tanaman yang terlibat dalam kawasan projek.
  • Menyatakan institusi-institusi yang terlibat dengan program penempatan semula mengikut perundangan negara.
  • Menyatakan kriteria-kriteria terhadap kelayakan pampasan serta tarikh kuat-kuasa.
  • Menyatakan nilai pampasan gantirugi yang setimpal.
  • Menerangkan secara ringkas sesi-sesi perjumpaan dan penerangan dengan masyarakat Orang Asli
  • menganalisia kemungkinan-kemungkinan impak alam sekitar dan langkah-langkah pencegahan kepada penempatan baru.

Antara gambar-gambar Projek Penyaluran Air mentah Pahang ke Selangor
 

  

  

  

  
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal