Seksyen Dasar Teknologi Hijau
article printer email
Fungsi
  1. Merancang, menggubal, melaksana, menyelaras dan memantau dasar teknologi hijau termasuk: 
    • Mengkaji dan menggubal dasar teknologi hijau untuk menjamin pembangunan mapan bagi meningkatkan kualiti hidup untuk memulihara alam sekitar melalui amalan yang mesra alam; 
    • Menggubal dasar untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Teknologi Hijau; 
    • Menggubal dasar untuk menyokong pembangunan inovasi teknologi hijau bagi aplikasi dan pengurusan risiko yang mungkin dihadapi; dan 
    • Menggubal dasar untuk membangun dan menggalakkan budaya penggunaan sumber yang optimum.
  2. Merangka strategi pembangunan Teknologi Hijau melalui Pelan Induk Teknologi Hijau untuk:
    • Menentukan hala tuju pelaksanaan dan galakan teknologi hijau; 
    • Mewujudkan peluang pembangunan perniagaan hijau yang baru ; 
    • Mengorientasikan semula industri mempraktikkan amalan hijau; 
    • Membantu merangka strategik untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam teknologi hijau ke arah pengkomersilan untuk pembangunan pasaran tempatan; 
    • Mewujudkan dana dan insentif teknologi hijau bagi memacu pembangunan sektor yang lebih mantap dan pesat; 
    • Menjalin kerjasama strategik tempatan dan antarabangsa dan menjadi focal point dengan pelbagai pihak yang berkepentingan; dan 
    • Merancang, memantau dan menetapkan hala tuju pelaksanaan program/aktiviti promosi dalam pembangunan kenderaan elektrik negara.
  3. Urus setia Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim untuk menentukan hala tuju dan memantau kemajuan pembangunan Teknologi Hijau. 
  4. Menguruskan isu-isu dan maklumbalas berkaitan Dasar Teknologi Hijau Negara di peringkat nasional dan antarabangsa. 
  5. Merancang, melaksana dan menilai pelaksanaan sesi Ministerial Dialogue, Asian Pavilion dan State Pavilion dalam International GreenTech & Eco Products Exhibition and Conference (IGEM). 
  6. Merancang, menetapkan dan memantau proses dan prosedur permohonan kod bidang pendaftaran teknologi hijau dalam sistem perolehan Kerajaan berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. 
  7. Mengkaji, merancang dan merangka polisi 3R (reduce, reuse dan recycle) bagi menjayakan konsep waste to wealth dalam negara. 
  8. Memantau jumlah pelaburan dan pendapatan syarikat dalam industri teknologi hijau serta jumlah pekerjaan hijau yang diwujudkan dalam negara bagi tujuan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi. 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau Selanjutnya
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 23/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768