Bahagian Perundangan
article printer email
Visi
Visi Bahagian Perundangan ialah untuk menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang berkualiti tinggi kepada Kerajaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

Misi
Misi Bahagian Perundangan ialah untuk menjadi Bahagian yang -
  • diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
  • mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.

Objektif
Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kerajaan dalam masa yang ditetapkan.

Fungsi
  • Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
  • Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
  • Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana Kerajaan merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
  • Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
  • Menyemak dan mengemukakan draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
  • Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.

Piagam Pelanggan
Kami komited untuk–
  • memberi nasihat undang-undang kepada Kerajaan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap;
  • memberi ulasan Jabatan Peguam Negara kepada Memorandum Jemaah Menteri yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja;
  • menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti perjanjian penswastaan, dokumen kontrak, surat cara perundangan dan memorandum persefahaman dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap; dan
  • menjalankan kajian undang-undang dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan daripada tarikh penerimaan.

Senarai Akta dan Dasar
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau Selanjutnya
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 23/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768