Unit Audit Dalam
article printer email
Objektif
  • Objektif Unit Audit Dalam (UAD) adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  • UAD berperanan untuk memastikan pengurusan kewangan, rekod-rekod perakaunan dan sistem kawalan dalaman kementerian adalah teratur dan mematuhi dasar-dasar, undang-undang, prosedur-prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
  • UAD juga memastikan program/aktiviti Kementerian/Jabatan diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.  
     
Fungsi
  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha.
  • Membentangkan pemerhatian audit di Mesyuarat Jawatankuasa Audit setiap suku tahun.
  • Membentangkan Rancangan Audit Tahunan dan laporan audit dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal