Bahagian Bekalan Air
article printer email
PENGENALAN

Jabatan Bekalan Air adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).  Dahulunya Jabatan ini dikenali sebagai Cawangan Bekalan Air dan berada di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia.  JBA  diwujudkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)  pada tahun 2004 ekoran  penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya dan penyusunan semula fungsi dan operasi KTAK.

VISI

Mewujudkan sistem perbekalan air yang mencukupi dan sempurna diseluruh negara yang diurus dengan cekap,selamat dan teratur dalam memenuhi keperluan negara dan kepuasan rakyat.

MISI

Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian dan agensi lain dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan program bekalan air.

Menentukan bekalan air awam dan industri adalah mencukupi, berkualiti dan mapan.


FUNGSI
  1. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian dan agensi lain dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan program bekalan air.
  2. Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program / projek pembangunan bekalan air negara agar mencapai sasaran impak yang memenuhi kehendak rakyat dan negara.
  3. Merancang, memantau dan melaksanakan pembangunan sumber air.
  4. Memantau kualiti air mentah di muka sauk untuk seluruh Malaysia dan kualiti air terawat untuk Sabah dan Sarawak.
  5. Melaksanakan kerja-kerja pengawasan keselamatan ke atas empangan bekalan air dan cerun-cerun ( tangki bekalan air ) yang berisiko tinggi.
  6. Ahli Jawatankuasa ( SIRIM dan SPAN ) dalam penyediaan senarai bahan-bahan yang diluluskan untuk projek bekalan air.
  7. 'Certifying Agent' untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat yang dilaksanakan oleh PAAB.
  8. Merancang, melaksanakan dan memantau program NRW.
  9. Merancang, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur bekalan air untuk keperluan domestik dan industri di Pulau Labuan.


PENSIJILAN JURUTERA AWAM

Program pensijilan ini adalah antara inisiatif BBA, KeTTHA selaras dengan keperluan Kerangka Strategi JKR 2012-2015 untuk menjana Jurutera Disiplin Awam yang kompeten kepada tiga (3) tahap pentauliahan yang berasaskan kepada JKR Competency Model & Dictionary. Ia memberi pengiktirafan kepada Jurutera dan Penolong Jurutera dari tahap kekompetenan dari Asas (Basic) sehingga menjadi Proficient (SME).

1. Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Awam (Pengurusan Permintaan Bekalan Air) (klik untuk muat turun)
    - Silibus Pensijilan Tahap 2 (Basic) (klik untuk muat turun)

2. Panduan Permohonan Pensijilan Jurutera Awam (Kejuruteraan  Bekalan Air) (klik untuk muat turun)
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768