Sejarah Kementerian
article printer email
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) telah ditubuhkan pada 9 April 2009 ekoran daripada rombakan Kabinet dan penstrukturan semula Kementerian yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Sebelum itu, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui penstrukturan semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

Berikutan daripada rombakan Kabinet 2009 tersebut, satu (1) fungsi baharu telah dimasukkan ke dalam KeTTHA iaitu Teknologi Hijau. Serentak dengan itu, fungsi ‘komunikasi’ telah dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Kemasukan fungsi dan tanggungjawab baharu ini adalah bagi merancang, merangka dasar dan program-program teknologi hijau di Malaysia. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk menerajui inisiatif berhubung industri tenaga, teknologi hijau dan air negara.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
noimage Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Program Diploma PIIC Selanjutnya
noimage PUNCA GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal