Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 12 April 2018
Majlis Taklimat dan Penyelarasan Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Bandar Kuantan telah diadakan pada 12 April 2018 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. 

Turut hadir Exco Perumahan dan Perbandaran negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Dato’ Sri Ir. Dr. Zullkefle Nordin dan Pengarah Eksekutif Jalur Cahaya Sdn Bhd Sheikh Mazlan Sheikh Hassan. 

Projek bernilai RM521 juta ini sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), sebuah agensi dibawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bakal memberi manfaat kepada lebih 400,000 penduduk bagi tempoh empat tahun lagi.

Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bermula pada 20 Februari lalu  dan dijangka siap sepenuhnya pada 19 Februari 2022. Projek ini bertujuan untuk membina infrastruktur sistem pembetungan di Pahang khususnya di kawasan tadahan Bandar Kuantan dan Kempadang.

Projek ini melibatkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Fasa 1 di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kerja-kerja pembinaan ini juga melibatkan pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang kira-kira 60 km untuk menampung aliran kumbahan dan merasionalisasi sebanyak 100 buah loji rawatan kumbahan awam dan 65 loji rawatan kumbahan swasta. 

Dengan terlaksananya projek ini, ianya dapat memodenkan sistem pelupusan air kumbahan domestik, selaras dengan pembangunan bandar dan kemajuan kualiti kehidupan penduduk.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal