Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat
article printer email
Tarikh Berita : Isnin, 09 April 2018
Kajang, 9 April  2018 – Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembetungan Langat dibuka secara rasmi kepada masyarakat umum hari ini untuk memberi kefahaman tentang kepentingan perkhidmatan pembetungan yang efisien. PIC menempatkan replika Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat, replika Rangkaian Paip Pembetungan, tv interaktif dan maklumat terperinci tentang projek ini.

Majlis perasmian PIC telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Turut hadir Dato’ Dr Tan Yew Chong, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pengurusan) dan Dato’ Seri Ir. Dr Zullkefle Nordin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Projek Pembetungan Langat adalah salah satu daripada projek Sewerage Non-River di bawah Greater Kuala Lumpur yang dilaksanakan sepenuhnya oleh JPP, sebuah agensi di bawah KeTTHA.

Loji Rawatan Kumbahan Langat adalah loji pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah unik bagi meningkatkan tahap rawatan biologi yang disesuaikan dengan inovasi dari Jepun, Deep Aeration Method With Step-Feed Multi Stage De-Nitrification Process. Berlandaskan kejayaan Tokyo Gesuidou Service (GTS) dan Tokyo Metropolitan Sewerage Service dalam pengurusan pembetungan di Jepun, reka bentuk loji ini menerapkan ciri-ciri moden dengan inisiatif teknologi hijau dan kemudahan awam.

Loji ini mampu menampung aliran kumbahan sebanyak 207,000m³ sehari atau bersamaan 920,000 penduduk setara, meliputi sejumlah 60.9km persegi kawasan tadahan Sungai Langat, iaitu bermula dari Cheras Batu 11 hingga Kajang. Projek dijangka siap pada April 2021.

Projek Kerajaan Pusat bernilai RM1.6 billion ini bertujuan untuk memastikan beban cemar daripada kumbahan perumahan dan perdagangan dapat dirawat sebaiknya sebelum dilepaskan ke Sungai Langat.

Projek Pembetungan Langat turut menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi yang dibina di bahagian atas loji yang mempunyai ciri-ciri bangunan hijau bersepadu. Antara kemudahan awam yang disediakan termasuk taman berlanskap, stesen penjanaan solar, kawasan rekreasi awam, dewan komuniti dan kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, futsal, sepak takraw dan bola keranjang. Kemudahan ini akan dibuka kepada orang awam pada April 2021.

 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal