Dialog Integriti: Berintegriti Melestari Alam
article printer email
Tarikh Berita : Khamis, 01 Mac 2018
Putrajaya, 1 Mac 2018 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan julung kalinya menganjurkan Dialog Integriti KeTTHA sebagai usaha berterusan untuk memupuk pengamalan nilai integriti dalam kehidupan, khususnya dari segi penggunaan tenaga, air dan teknologi hijau.

Bertemakan ‘Berintegriti Melestari Bumi”, dialog ini menampilkan ahli panel yang terdiri daripada pengurusan tertinggi tiga organisasi dengan perkongsian pandangan daripada perspektif yang berbeza iaitu sebagai pembuat dasar, ahli agama dan pihak yang melaksanakan dasar. Ahli panel terlibat terdiri daripada YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KeTTHA, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, YBhg. Dato’ Wira Roslan Ab Rahman, CCO TNB dan moderator program adalah Ustaz Zakaria Othman.

 Program bercorak keagamaan ini turut mendapat sokongan YB Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Sesi dialog ini juga mengupas lebih lanjut peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau ke arah mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50 Green) dan pembangunan mampan “Sustainable Development Goals 2030” (SDG 2030) untuk Malaysia. Sesi dialog ini juga bertujuan memberi penjelasan lebih lanjut tentang Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang telah dilancarkan pada akhir tahun lalu.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal