Dialog TN50 Membudayakan Amalan Hijau
article printer email
Tarikh Berita : Jumaat, 23 Februari 2018
KAJANG, 23 Februari 2018 - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 Green) dan pembangunan mampan “Sustainable Development Goals 2030” (SDG2030) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sesi dialog siri keempat, selepas Kota Kinabalu, Sabah (22 Januari, 2018), Kota Bharu, Kelantan (4 Februari, 2018) dan Kuala Terengganu, Terengganu (11 Februari) bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP), peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Lebih 1,400 peserta sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat, pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam menghadiri sesi dialog ini.

 KeTTHA sedang rancak menganjurkan program turun padang ini selaras dengan pelancaran GMTP tahun lalu. Siri jelajah ini akan diteruskan di Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Ia diterajui oleh Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Pelaksanaan GTMP dijangka dapat meningkatkan sumbangan teknologi hijau kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada RM7.9 bilion pada tahun 2013 kepada RM60 bilion menjelang tahun 2030 serta menjana jumlah pendapatan sebanyak RM181.1 bilion. Jumlah pelaburan dalam bidang teknologi hijau dijangka meningkat kepada RM94.3 bilion dan 221,500 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menjelang tahun 2030.

 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal