Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air
article printer email
Tarikh Berita : Isnin, 12 Februari 2018
Pada 12 Februari 2018 (Isnin), Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang telah menerima Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air daripada Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC) yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah (JTJAD). Resolusi ini telah disampaikan oleh Presiden MyWAC, En. Ishak Hasnan bersama 19 orang delegasi yang turut hadir sama.

Resolusi ini adalah resolusi yang mewakili lebih 1000 orang Jurutera seluruh negara yang merupakan ahli MyWAC. Ia telah dimuktamadkan dalam Mesyuarat Tahunan MyWAC yang diadakan di Ipoh, Perak pada 19 hingga 21 Januari 2018 merangkumi 3 usul seperti berikut:

a)   Penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi dalam memulihara kawasan tadahan;

b)   Melaksanakan kempen secara berterusan di dalam mengurangkan penggunaan air per kapita; dan

c)  Penerokaan sumber air alternatif dipergiatkan lagi bagi mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan.

Secara dasarnya MyWAC akan memberikan komitmen yang terbaik sebagai front liner yang efektif dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air di negeri dan daerah masing-masing.

Ahli mesyuarat juga telah mencapai kata sepakat bahawa penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan pelanggaran peraturan sehingga menyebabkan sumber dan bekalan perkhidmatan air tercemar perlu dilaksanakan segera dan holistik. Ini bagi memastikan, rakyat secara keseluruhannya dapat menikmati bekalan air yang bersih dan tidak tercemar.

Setelah berbincang, secara keseluruhannya Kementerian telah bersetuju dengan resolusi yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan susulan secara bersama dengan MyWAC serta semua pihak yang terlibat bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal