SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020
article printer email
Tarikh Berita : Isnin, 22 Januari 2018
 Kota Kinabalu, 22 Januari 2018 – Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang isu-isu berhubung gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di negeri ini.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Teknologi Hijau) Datin Badriyah Abdul Malek.

Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah merupakan satu platform terbaik untuk memberikan gambaran sebenar kepada semua pihak khususnya rakyat Sabah tentang masalah sebenar dalam pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah dan perancangan berperingkat kerajaan yang komprehensif dalam menangani cabaran ini.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768