Program Satu Pingat Satu Pokok: Pemenang Pingat Emas KL2017 Tanam Pokok di Bukit Jalil
article printer email
Tarikh Berita : Rabu, 08 November 2017
Program Satu Pingat Satu Pokok yang dilaksanakan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) memasuki fasa ketiga apabila para pemenang pingat emas negara di temasya KL2017 menanam pokok sebagai tanda sokongan kepada Inisiatif Hijau KL2017di Bukit Jalil pada 8 November 2017.

Penanaman anak pokok pada hari ini berlangsung di dua lokasi utama di kawasan Kuala Lumpur Sports City (KLSC) iaitu di kawasan bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional dan berdekatan dengan Stadium Hoki Nasional.

Antara pemenang pingat emas yang turut hadir ialah Traisy Vivien Anak Tukiet, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, Tan Ing Yueh, An Najwa Azizan, Mohd Al Jufferi Jamari, Siti Rahmah Mohamed Nasir, Ahmad Solihim Mohd Nor, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Mohd Najib Turano dan Lim Carmen.

Keseluruhan program ini menyaksikan aktiviti menanam sejumlah 5,249 anak pokok sebagai usaha untuk mengimbangi karbon yang dibebaskan sepanjang berlangsungnya temasya KL2017, selain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti. Bilangan pokok yang akan ditanam adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

Pelaksanaan inisiatif hijau KL2017 telah berjaya merawat dan mengurangkan sebanyak 49 peratus sisa yang terhasil sepanjang penganjuran KL2017 ke tapak pelupusan sampah berbanding 30 peratus sasaran asal. Dari aspek kecekapan tenaga, sebanyak 917,000 kWh mewakili 17 peratus tenaga telah dapat dijimatkan berbanding sasaran asal iaitu 15 peratus hasil dari pengurusan kecekapan tenaga. Secara keseluruhannya, inisiatif hijau KL 2017 telah mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 2,703 ton karbon dioksida (tCO2) iaitu 637 tCO2 melalui penjimatan tenaga dan sebanyak 2,066 tCO2 dari pengurusan sisa pepejal.

Pada majlis g sama, YB Brig. Jen. Khairy turut mendedahkan “Wall of Honour” yang menyenaraikan nama-nama atlet Malaysia yang telah memenangi pingat emas dalam KL2017 lalu.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal