Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE)
article printer email
Tarikh Berita : Isnin, 30 Oktober 2017
Bagi menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna, Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) telah ditubuhkan melalui pindaan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan 2015) yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.

 Ditadbir dan dikawal oleh Suruhanjaya Tenaga, kumpulan wang ini terdiri daripada apa-apa  jumlah  wang  yang  diuntukkan  dan  dibayar  oleh  pemegang  lesen  menurut  seksyen  44B akta yang sama; apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi  untuk KWIE  dari  semasa  ke  semasa; semua  wang  yang  diperoleh  sebagai  pendapatan  daripada  pelaburan  yang  dibuat  daripada KWIE termasuk faedah pendapatan; dan semua  wang  lain  yang  diterima  secara  sah  oleh  Suruhanjaya  Tenaga bagi  pihak  KWIE.

Selain bagi menguruskan impak tarif elektrik  terhadap pengguna, KWIE juga boleh dibelanjakan bagi apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan industri elektrik sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya Tenaga.

Kelulusan pembukaan akaun KWIE dari Kementerian Kewangan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah diterima pada 18 Januari 2017.  Akaun KWIE seterusnya dibuka pada 13 Februari 2017.

Selaras dengan Warta perintah yang berkuatkuasa pada 8 April 2017, hasil daripada penjimatan rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement – PPA) dengan Penjana Kuasa Bebas (Independent Power Producers – IPP) generasi pertama dan penjimatan mekanisme pengebilan gas (Gas Billing Mechanism – GBM) berjumlah RM1.647 bilion yang disimpan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) telahpun dipindahkan ke akaun KWIE. 

Pada 30 Jun 2017, Kerajaan telah bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion bagi mengekalkan rebat untuk pengguna elektrik, dan perbelanjaan ini ditampung oleh dana KWIE. 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768