MAJLIS MESRA AIDILFITRI KeTTHA DISAMBUT MERIAH
article printer email
Tarikh Berita : Rabu, 12 Julai 2017
Majlis Mesra Aidilfitri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bersama Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili telah diadakan pada 12 Julai 2017 di Rooftop Bangunan KeTTHA disambut meriah dengan dihadiri lebih 1500 jemputan yang terdiri daripada warga Kementerian dan Agensi-agensi yang bernaung di bawahnya.

 Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada warga Kementerian. Selain beramah mesra dengan para hadirin, Datuk Maximus turut meraikan anak-anak yatim dengan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 25 orang anak yatim dari Rumah Baitol Barakah Wal Mahabbah, Sepang.

Turut hadir ialah Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri KeTTHA, Dato’ Sri SK Devamany, Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KeTTHA, Dato’ Dr. Tan Yew Chong Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pengurusan), serta Ketua-ketua Jabatan /Agensi di bawah KeTTHA.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768