59 KAKITANGAN KeTTHA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 09 Mei 2017
Seramai 59 kakitangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Jabatan dan Agensi telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KeTTHA yang diadakan pada 9 Mei 2017 di Auditorium Parcel E, Putrajaya.

Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA, Senator Dato’ Seri Sk Devamany mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada kesemua penerima anugerah dan beliau berharap anugerah tersebut akan membantu memberikan mereka motivasi untuk meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dalam mempamerkan prestasi yang cemerlang.

Dalam majlis sama, Senator Dato’ Seri Sk Devamany turut menyaksikan acara menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah warga KeTTHA dan Agensi diketuai oleh Ketua Setiausaha keTTHA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768