MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI BERSAMA WARGA KeTTHA DAN AGENSI
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 24 Januari 2017
PUTRAJAYA, 24 Januari 2017 – Majlis Perjumpaan Menteri bersama Warga KeTTHA dan Agensi serta Amanat Tahun 2017 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Rooftop Bangunan KeTTHA, Putrajaya.

Dalam ucapannya Menteri menekankan bahawa pentingnya setiap Jabatan/Agensi dan warga KeTTHA untuk bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan KeTTHA mencapai matlamat yang disasarkan demi memenuhi permintaan dan kehendak rakyat berkaitan dengan tenaga, teknologi hijau dan air.  Menteri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga KeTTHA di atas kejayaan dan prestasi keseluruhan pencapaian KeTTHA pada tahun lepas.

Sesi pengenalan warga baru KeTTHA turut diadakan semasa majlis berlangsung.  Menteri juga turut melancarkan tabung bantuan bencana banjir bagi penduduk di daerah Kota Marudu, Sabah. Bantuan ini adalah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan khususnya KeTTHA bagi membantu meringankan beban mangsa bencana banjir di samping menunaikan tanggungjawab sosial KeTTHA yang dijalankan saban tahun.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Menteri, Senator Dato' Seri S.K Devamany, Ketua Setiausaha KeTTHA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pengurusan), Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi KeTTHA. 

 
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal