Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Lancar Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue
article printer email
Tarikh Berita : Selasa, 10 Januari 2017
Putrajaya, 10 Januari 2017 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan satu inisiatif baru iaitu Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue (GB) sebagai langkah memperkasa industri berkenaan melalui pewujudan rantaian nilai industri pembungkusan GB hari ini.

Pembungkusan Green-Blue merupakan teknologi pembungkusan inovatif yang menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaikpulih sumber bagi menyokong kelestarian alam sekitar dan perniagaan.

Pelancaran inisiatif itu telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Senator Dato' Seri S.K Devamany. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha KeTTHA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Melalui inisiatif ini, beberapa premis makanan yang terpilih akan dibekalkan bekas pembungkusan makanan GB sepanjang tempoh rintis projek ‘Premis Makanan Hijau’, serta dibekalkan satu sistem pencernaan anaerobik untuk pengolahan sisa makanan dan akan diseliakan oleh empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Selain itu, enam PKS yang menyertai Projek Rintis Pengeluaran Pembungkusan GB adalah syarikat Suria Press Sdn Bhd, Free the Seed Sdn Bhd, Nets Print Sdn Bhd, Reka Cetak Sdn Bhd, Percetakan Watan Sdn Bhd dan Gempita Majus Sdn Bhd.

Pada majlis sama, Senator Dato' Seri S.K Devamany turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SIRIM dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi kerjasama membangunkan teknologi rawatan sisa makanan dengan menggunapakai teknologi sistem pencernaan anaerobik milik SIRIM. SIRIM diwakili Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof manakala SWCorp diwakili Ketua Pegawai Eksekutif  Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image 600 Warga KeTTHA Hadir Majlis Amanat Bersama Ketua Setiausaha Negara Selanjutnya
noimage Projek Pembinaan Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan Selanjutnya
image Pelancaran Pusat Informasi Awam (PIC) Projek Pembentungan Langat Selanjutnya
image KSU KeTTHA Rasmi McDonald’s Setia Alam Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal