Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA Rasmi Projek Pembetungan PAPAN 1
article printer email
Tarikh Berita : Rabu, 16 November 2016
YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany, Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melancarkan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Projek di Papan (PAPAN 1) pada 16 November 2016 bertempat di Tapak Projek Papan 1, Ipoh, Perak.

 Projek yang sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ini, bermula pada 11 November 2015 dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada 10 November 2019.

 Projek ini melibatkan pembinaan paip pembetungan sepanjang 87.4km, enam (6) stesen pam baharu dan rasionalisasi serta menyahtauliah loji rawatan kumbahan sedia ada dengan kapasiti yang mampu menampung kawasan tadahan dari Bandaraya Ipoh, sebahagian Gunung Rapat dan Menglembu yang meliputi kawasan anggaran seluas 33km per segi dengan anggaran 500,000 keserataan penduduk (PE) sehingga tahun 2045.

Kemajuan semasa projek sehingga kini ialah 20.22%.
Kongsi Halaman Ini :
Sorotan Penting
image Resolusi Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Bekalan Air Selanjutnya
image Dialog TN50 Green Selanjutnya
image SABAH AKAN MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK LEBIH BAIK MENJELANG 2020 Ribuan warga Sabah membanjiri Suria Sabah Mall di sini hari ini sempena Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air... Selanjutnya
 
Pengguna Atas Talian : onlineonline
Statistik Pelawat : totaltotaltotaltotaltotaltotaltotal
 
Tarikh Akhir Kemaskini : 15/02/2018
Hakcipta © 2014 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768