Operator Air Dicadang Dikawal Di Bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

Printer-friendly versionSend to friend
News Date: 
5 January 2012

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mencadangkan agar semua operator air dikawal di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Presidennya S. Piarapakaran berkata langkah ini akan membolehkan pencapaian Indeks Pencapaian Utama (KPI) dan Pelan Pengurangan Air Tanpa Hasil Negara (NRW) diadakan untuk mencapai paras 20 peratus NRW pada 2020.

"KPI mestilah juga untuk pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi memastikan pelan ini disediakan untuk seluruh negara.

"Tidak guna ada agensi-agensi pusat yang menyalurkan kerja ini kepada operator air dan tunggu keputusan tanpa perancangan teratur," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Kajian itu berdasarkan statistik Panduan Industri Air Malaysia 2011, yang mendapati anggaran kehilangan pendapatan NRW adalah RM1.74 bilion.

"Jumlah pendapatan untuk sektor air pada 2010 ialah RM4,086,618 dengan anggaran kerugian pendapatan disebabkan NRW ialah hampir 42.7 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan dalam sektor perkhidmatan air," kata beliau.

-- BERNAMA

Send to friend
 
 
M T W T F S S
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
Add to calendar