Untuk menyediakan infrastruktur yang bersepadu, cekap dan bermutu tinggi bagi industri perkhidmatan air;
Untuk memastikan suatu suasana yang sesuai bagi pembangunan industri perkhidmatan air;
Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri perkhidmatan air yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan;
Untuk memastikan penyediaan perkhidmatan air disalurkan secara samarata pada harga yang berpatutan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup;
Untuk memastikan penyediaan perkhidmatan air yang selamat dan boleh dipercayai;
Untuk mewujudkan suatu sistem kawalselia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan dan mengurus impak industri perkhidmatan air terhadap masyarakat dan persekitarannya; dan
Peningkatan berterusan sistem sokongan pengurusan.