Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS)

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Teras Strategi Kedua DTHN mengariskan bahawa perlunya persekitaran pembangunan Teknologi Hijau yang kondusif. Teras strategi ini memberi penekanan kepada aspek ekonomi dalam Teknologi Hijau.

Inisiatif utama di bawah Teras Strategi kedua ini termasuklah penyediaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang  telah dilancarkan secara rasminya pada 26 Januari 2010 oleh YAB. Perdana Menteri. Dalam ucapan Bajet 2010, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Dana ini memboleh syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka. Bagi syarikat pengeluar, pinjaman maksimum yang boleh dibuat adalah RM50 juta dan syarikat pengguna RM10 juta. Sebagai tanda komitmen, Kerajaan akan menanggung 2% daripada jumlah kadar faedah dengan nisbah jaminan Kerajaan 60% dan institusi perbankan 40%. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia).

 
 
I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
Tambah ke kalendar