Sel Bahanapi

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Pengenalan

Sel bahanapi telah berkembang menjadi suatu teknologi sumber tenaga yang paling nyata untuk kegunaan di masa hadapan. Ia bertindak sebagai peranti elektrokimia yang mampu menukarkan tenaga kepada elektrik serta haba tanpa melibatkan pembakaran. Pada dasarnya, sel bahanapi ini bertindak sama seperti bateri kecuali ia tidak kehabisan ataupun perlu dicas semula. Ia menghasilkan tenaga dalam bentuk elektrik serta haba selagi mana bahanapi dibekalkan.

Sel bahanapi juga turut menggalakkan kepada penggunaan kepelbagaian tenaga di samping membantu kepada peralihan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Hidrogen, suatu elemen yang terbanyak di Bumi, boleh digunakan secara langsung. Dengan sel bahanapi, penggunaan lain-lain bahanapi yang mengandungi hidrogen, termasuk metanol, etanol, gas asli juga gasolin ataupun minyak diesel boleh dilakukan, tetapi 'fuel reformer' perlu digunakan untuk mengekstrak hidrogen yang terkandung dalam bahanapi tersebut.

Aplikasi bagi Sel Bahanapi

Kediaman
Sel bahanapi adalah sangat sesuai bagi penjanaan kuasa di kawasan-kawasan yang kritikal, sama ada bersambung ke grid elektrik untuk pembekalan kuasa tambahan juga sebagai kuasa sokongan apabila berlaku sebarang masalah, atau dipasang sebagai penjana bebas-grid bagi perkhidmatan 'on-site' di tempat-tempat yang tidak boleh diakses dengan talian kuasa. Memandangkan sel bahanapi beroperasi secara senyap, masalah pencemaran bunyi dapat dikurangkan begitu juga pencemaran udara manakala lebihan tenaga haba yang terhasil dari sel bahanapi pula boleh digunakan untuk tujuan pemanasan air sebagai air panas bagi kegunaan rumah.

Pengangkutan
Semua pengusaha automotif yang utama seperti Honda, Toyota, GM, Ford, Hyundai, Volkswagen dan sebagainya ada membuat kenderaan yang mengaplikasikan sel bahanapi ini tetapi semuanya masih sama ada dalam pembinaan mahupun dalam peringkat sedang diuji. Kenderaan bersel bahanapi ini dijangka akan dibuka untuk pasaran menjelang tahun 2005. Bagaimanapun, terdapat masalah yang ketara yang menjadi penghalang dari segi teknikal seperti penyimpanan hidrogen, struktur bahanapi, kos/kemampuan, kebolehpercayaan/ketahanan dan pengurusan udara/air/termal.

Kuasa Mudah alih
Penggunaan sel bahanapi akan merubah dunia telekomunikasi, menjadikan telefon-telefon bimbit, komputer riba mampu bertahan berjam-jam lebih lama berbanding bateri. Selain itu, antara aplikasi sel bahanapi mikro yang lain termasuklah alat kelui (pager), perakam video, peralatan mudah alih, peranti kawalan jauh berkuasa rendah seperti alat bantuan pendengaran, pengesan asap, alat penggera juga pembaca meter.

'Landfills/ Wastewater Treatment'
Pada masakini, operasi sel bahanapi sedang dijalankan di loji-loji rawatan air kumbahan juga di 'landfills' di seluruh dunia yang mana membuktikan ianya sebagai suatu teknologi yang diterimapakai dalam usaha mengurangkan pengeluaran atau pelepasan bahan-bahan pencemar alam serta penjanaan kuasa dari gas metana yang dihasilkan. Toshiba telahpun memasang sel bahanapi ini yang digunakan ke atas sisa buangan gas-gas (waste gases) serta merancang untuk mempertingkatkan usaha menjual sistem-sistem sel bahanapi yang dapat digunakan ke atas gas-gas kumbahan (sewage sludge). Penggunaan sel bahanapi untuk menjana tenaga dari 'landfill' dan lain-lain sisa buangan gas (waste gases) adalah terbukti sebagai kaedah yang berdaya maju serta menguntungkan juga merupakan cara yang paling bersih dan kos efektif dalam teknologi penukaran tenaga.

Kelebihan-kelebihan Sel Bahanapi

Faedah-faedah kepada Alam Sekitar
Dari perspektif alam persekitaran, sel bahanapi dianggap sebagai sumber tenaga alternatif yang paling baik. Sel bahanapi juga tidak mengeluarkan bunyi serta hanya menghasilkan sedikit sahaja bahan-bahan pencemaran yang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada persekitaran.

Kecekapan
Kecekapan yang dihasilkan sel bahanapi adalah berbeza-beza mengikut jenisnya, dengan kadar daripada 40% - 60%. Sel bahanapi beralkali mampu mencapai tahap kecekapan penjanaan kuasa sehingga 70%.

Kedapatan Bahanapi
Sumber utama bagi sel bahanapi ialah hidrogen yang mana boleh diperolehi daripada gas asli, gas arang batu, metanol serta lain-lain bahanapi yang mengandungi hidrokarbon.

Mengapa Kerajaan Patut Menyokong Pembangunan Sel Bahanapi?

  • Sel bahanapi mampu memberikan manfaat yang besar dalam bidang persekitaran, tenaga juga ekonomi; dan
  • Pembangunan serta usaha mengoptimumkan teknologi tenaga sentiasa menjadi perkongsian kerjasama di antara kerajaan dengan sektor swasta.
 
 
I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
Tambah ke kalendar