Sektor Khidmat Pengurusan

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Pengenalan

Sektor  ini  bertanggungjawab  membantu  tiga sektor   utama   kementerian   ini   iaitu   Sektor Tenaga,  Sektor  Air  dan  Sektor  Teknologi Hijau. Antara Bahagian yang berada di bawah Sektor Khidmat Pengurusan adalah:

  1. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  3. Bahagian Pembangunan
  4. Bahagian Pengurusan Maklumat
  5. Bahagian Perundangan
  6. Bahagian Audit Dalam
  7. Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

 

Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia 

Bertanggungjawab memastikan Kementerian dan Jabatan/Bahagian mempunyai struktur organisasi yang mantap dan dapat melaksanakan fungsi dengan cekap dan berkesan. Ia juga bertujuan mewujudkan hubungan yang harmoni antara pihak pengurusan dan pekerja.


Bahagian Pengurusan Maklumat

Berfungsi untuk merancang dan mengenal pasti serta melaksanakan Pelan Perancangan Pengkomputeran KeTTHA agar selaras dengan kerajaan elektronik. 

Bahagian Perundangan

Bertanggungjawab untuk   memberi   nasihat   mengenai   perkara dan  masalah  perundangan  dan  mentafsirkan undang-undang  selaras dengan  peruntukan di   bawah  Perlembagaan   Persekutuan   dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa  Kementerian. Ia juga menggubal dan meminda undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian serta menggubal, menyemak dan meluluskan dokumen- dokumen perundangan seperti Perjanjian dan Memorandum Persefahaman.


Bahagian Audit Dalam

Berfungsi untuk membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.


Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

Bertanggungjawab menguruskan hubungan korporat yang harmonis bersama industri,  media dan pengguna. Ia turut menguruskan aktiviti pendokumentasian maklumat berkaitan fungsi-fungsi tenaga,teknologi hijau dan air.

I S R K J S A
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
 
 
 
 
Tambah ke kalendar