Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP)

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Kerajaan telah melancarkan Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SREP) pada 11 Mei, 2001. Pelancaran tersebut dibuat sebagai salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan serta sebagai usaha memperhebat penggunaan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharu dalam bidang penjanaan kuasa. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan lagi perkembangan pembangunan Tenaga Yang Boleh Diperbaharu sebagai sumber bahan api kelima di bawah Dasar Kepelbagaian Bahan api Negara, sepertimana yang telah ditetapkan dalam objektif Pelan Rangka Perspektif Ketiga (Third Outline Perspective Plan - OPP3) bagi tahun 2001-2010 dan Rancangan Malaysia Kelapan.

 

Loji-loji janakuasa kecil yang menggunakan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharu boleh membuat permohonan untuk menjual elektrik kepada Utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan Utiliti. Pemaju-pemaju projek hendaklah berbincang secara langsung dengan pihak Utiliti yang berkenaan berhubung segala aspek yang berkaitan Perjanjian Pembelian Tenaga Elektrik Yang Boleh Diperbaharu (Renewable Electricity Purchase Agreement (REPA)), termasuk harga jualan berasaskan willing-seller,  willing-buyer serta take and pay. Para pengusaha tenaga elektrik dalam bidang Tenaga Yang Boleh Diperbaharu akan diberikan lesen selama 21 tahun yang sah bermula dari tarikh loji mula beroperasi. Di bawah Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu ini, penggunaan semua bentuk Tenaga Yang Boleh Diperbaharu termasuk biojisim, biogas, sisa buangan pepejal, solar, hidro-mini serta angin dibenarkan.

 

Kapasiti maksimum bagi loji janakuasa kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu yang direka bentuk bagi penjualan kuasa kepada grid mestilah 10 MW. Daripada segi saiz, sesebuah loji untuk janakuasa boleh melebihi 10 MW, tetapi kapasiti maksimum yang dibenarkan untuk kuasa dieksport kepada grid pembahagian tidak boleh melebihi 10 MW.

 

Sehubungan pelaksanaan strategi kerajaan yang ingin memperhebatkan pembangunan Tenaga Yang Boleh Diperbaharu sebagai sumber bahan api kelima negara, sebuah Jawatankuasa Khas bagi Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Special Committee On Renewable Energy - SCORE) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Sebuah sekretariat yang berfungsi sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi Program tersebut telahpun diwujudkan di Suruhanjaya Tenaga bagi membantu melicinkan penyertaan pihak industri dalam Program ini.

 

Kerajaan sentiasa berusaha membantu pemaju-pemaju projek SREP dengan menyediakan sokongan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan penggunaan RE dalam penjanaan tenaga terutama melibatkan aspek perjanjian REPPA antara pemaju projek dan pihak utiliti. Secara umumnya, beberapa kemajuan berjaya dicapai. Salah satu daripadanya adalah Price uplift untuk RE telah dicapai melalui rundingan berterusan dengan pihak TNB iaitu melibatkan kenaikan 2 sen/kwj daripada 17 sen/kw kepada 19 sen/kwj.

 

Jika dilihat pencapaian pelaksanaan Program SREP ini, untuk tahun 2006 sahaja, sebanyak 47 permohonan projek di bawah program REP telah diluluskan oleh Special Committee on Renewable Energy (SCORE) di mana 22 permohonan melibatkan projek berasaskan mini-hidro dan biomass manakala tiga (3) projek lagi adalah berasaskan landfill gas. Jumlah kapasiti tenaga elektrik disambung ke grid yang diluluskan sepanjang tahun 2006 adalah berjumlah 256.4MW. Sehingga tempoh yang sama sejumlah lapan (8) pemaju projek telah berjaya menandatangani Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) melibatkan kapasiti penjanaan tenaga elektrik ke grid nasional berjumlah 47.8MW dengan pihak TNB iaitu utiliti utama negara.

 

Pihak yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dari Pusat Sehenti di alamat berikut:

Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 3, Menara TH perdana
1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
(Untuk Perhatian: Pusat SREP)
Tel: 03 - 2087 5000
Faks: 03 - 2093 3989
 

Agensi-agensi berikut juga boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan, khususnya berkaitan teknologi dan sumber-sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharu:

Sektor Tenaga,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Aras 2, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya.
Tel: 03 - 8883 6000
Faks: 03 - 88891335
 
Ketua Pegawai Eksekutif,
Pusat Tenaga Malaysia,
No.2, Jalan 9/10,
Persiaran Usahawan, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi.
Tel: 03 - 8921 0805
Faks: 03 - 8921 0801
 
Presiden & Ketua Eksekutif,
SIRIM Bhd,
1, Persiaran Dato’ Menteri,
Seksyen 2, 40911 Shah Alam.
Tel: 03 – 5544 6000 / 6550
Faks: 03 – 5544 6590
 
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong,
Tel: 03 - 6279 7000
Faks: 03 - 6273 1314
 
Lembaga Minyak Sawit Malaysia,
6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang.
Tel: 03 – 8925 9155 / 8925 9775
Faks: 03 – 8925 9446
 
 
I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
Tambah ke kalendar