Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan bagi Sektor Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah disediakan untuk 3 bahagian utama Sektor iaitu:
(i) Perancangan Dasar Tenaga;
(ii) Semakan tarif; dan
(iii) Permohonan Pengeluaran Peruntukan di bawah Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).
Perancangan Dasar Tenaga
Menjamin untuk merancang dasar tenaga yang berkesan dan mampan untuk rakyat, industri dan negara bagi mencapai objektif mempercepatkan pencapaian status negara perindustrian. Dasar-dasar bagi rakyat melibatkan aspek bekalan tenaga elektrik yang mencukupi dan berterusan (reliable). Dasar bagi industri pula melibatkan bekalan yang berterusan dan berkualiti pada harga yang competitive.
Perancangan dasar tenaga melibatkan aspek seperti berikut:
(i) Penstrukturan semula Industri Bekalan Elektrik;
(ii) Pembangunan tenaga diperbaharu; dan
(iii) Strategi kecekapan tenaga negara.
Setiap cadangan dasar mesti memperolehi kelulusan YB Menteri.
Perancangan dasar bagi ketiga-tiga aspek di atas memerlukan kajian yang terperinci dan perlu mengambil kira pandangan dan ulasan pihak yang berkepentingan iaitu pihak industri dan agensi-agensi berkaitan.
• Penyediaan terms of reference, penentuan kaedah kajian dan pelaksanaan kajian hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tempoh kelulusan YB Menteri.
• Mendapatkan ulasan daripada stakeholders dalam 1 bulan menerusi pelbagai cara seperti mengadakan bengkel.
• Menyediakan draf dasar berdasarkan hasil kajian dan ulasan stakeholders dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kesemua ulasan diterima.
• Mempastikan Memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan dasar disediakan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh persetujuan YB. Menteri.
• Mengemukakan Kertas Jemaah Menteri untuk keputusan Jemaah Menteri ke atas sesuatu cadangan dasar.
• Melaksanakan dasar dalam tempoh 1 bulan dari penerimaan sesuatu keputusan.
Semakan Tarif
• Mempastikan setiap cadangan pindaan tarif berkaitan bahan api diproses dan dikaji bersama-sama Suruhanjaya Tenaga untuk setiap 6 bulan.
• Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan ulasan dari Suruhanjaya Tenaga.
• Mempastikan Memorandum Jemaah Menteri disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh mesyuarat JPPPET dimana persetujuan telah diperolehi.
• Memaklumkan kepada agensi-agensi terlibat iaitu TNB/SESB mengenai keputusan Kerajaan dalam tempoh 2 hari dari tarikh penerimaan keputusan Jemaah Menteri.




















