Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara
Dalam usaha Kementerian untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air negara, dua (2) Akta telah digubal iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (IPA) dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 10 Mei 2006 (Dewan Rakyat) dan 1 Jun 2006 (Dewan Negara) serta mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 10 Julai 2006.
Kerangka perundangan baru ini dijangka akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan air negara khususnya untuk memelihara kepentingan pengguna. Dengan ini, industri perkhidmatan air akan lebih cekap, efisien dan mengenakan tarif yang berpatutan kepada pengguna.




















