Pengenalan Sektor Tenaga
Tenaga ialah bahan utama bagi semua aktiviti. Bekalan tenaga yang mencukupi adalah penting untuk kemajuan ekonomi. Tenaga seharusnya dilihat sebagai salah satu daripada sumber strategi negara yang amat penting. Sungguhpun begitu, penggunaan tenaga secara berluasan dan tidak terkawal boleh menimbulkan beberapa kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar dan iklim.
Malaysia telah dikurniakan kedua-dua sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharu) dan tidak konvensional (boleh diperbaharu) bagi membolehkan pembagunan Negara dilaksnakan. Sumber tenaga konvensional terbesar yang terdapat dengara ini dalah merupakan hasil daripada petroleum (iaitu minyak dan gas). Malaysia juga mempunyai simpanan arang batu terutamanya di Negari Sabah dan Sarawak tetapi ia hanya dilombong dalam peratusan yang kecil.
Bagi sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharu paling banyak boleh didapati di Malaysia ialah biojisim dan solar. Namun begitu, kebanyakan sumber ini tidak dijanakan secara komersil.
Seperti negara membangun yang lain, penggunaan tenaga per kapita di Malaysia masih di tahap yang rendah tetapi kadar penggunaan ini berkembang pada kadar yang pantas selaras dengan pembangunan ekonomi.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini telah ditubuhkan khusus untuk melihat kepada isu-isu dasar berhubung dengan tenaga khususnya isu-isu berkaitan pembekalan elektrik negara.
Untuk membolehkan isu-isu berkaitan tenaga ditangani dengan lebih baik dan menyeluruh, terrdapat beberapa bahagian diwujudkan di bawah seliaan Sektor Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air seperti berikut:
1. Bahagian Bekalan Elektrik;
2. Bahagian Pembangunan Tenaga Lestari ; dan
3. Unit Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)
Bahagian Bekalan Elektrik
Bahagian ini berfungsi menyelaras, mengurus dan memantau perkara-perkara berkaitan dasar dan perancangan pembekalan elektrik negara, melaksanakan kajian semula Akta Bekalan Elektrik serta membuat semakan dan penstrukturan semula tarif elektrik di Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan
Bahagian ini juga turut terlibat dalam penyediaan dasar nuklear negara, pembangunan industri bekalan elektrik, pembekalan gas dan arang batu di Semenanjung, pengukuhan sistem pembekalan elektrik di Negeri Sabah, perancangan pembekalan elektrik di Sabah serta mencadangkan pendirian Kementerian berhubung pembekalan elektrik.
Bahagian Pembangunan Tenaga Lestari (PTL)
Bahagian ini berfungsi untuk merancang dan melaksanakan dasar, program, projek dan aktiviti bagi membangunkan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharu seperti biojisim, solar, angin, hidro-mini dan sebagainya selaras dengan dasar tenaga negara, promosi penggunaan tenaga secara cekap (enegy efficiency) dan energy conservation dalam semua aktiviti ekonomi negara, bajet pembangunan bagi aktiviti Renewable Energy dan Energy Effiency / Energy Conservation dan pembangunan tenaga alternatif seperti hydrogen fuel cell, biofuel, tenaga nuklear dan sebagainya.
Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaras kajian semula segala perundangan berkaitan Renewable Energy dan Energy Conservation di samping turut melaksanakan semua aktiviti kerjasama antarabangsa berkaitan Renewable Energy dan Energy Effienciency termasuk ASEAN, APEC, Kerjasama Dua Hala dan Pelbagai Hala, Pertubuhan Antarabangsa dan World Trade Organisation.
Unit Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1997. Penubuhannya adalah atas keputusan Jemaah Menteri pada 11 Disember 1996 bagi membolehkan semua Penjana Kuasa Bebas (Independent Power Producer - IPP) sama-sama turut terlibat dalam obligasi nasional ke arah pembangunan sektor bekalan elektrik negara. Kadar sumbangan yang telah dipersetujui oleh penyumbang setiap tahun ialah sumbangan satu (1) peratus daripada jumlah hasil tahunan yang diaudit ditolak kos bahan bakar bagi tahun sebelumnya.
Penyumbang-penyumbang kepada AAIBE adalah seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Segari Energy Ventures Sdn Bhd, YTL Power Generations Sdn Bhd, Powertek Berhad, Pahlawan Power Sdn Bhd, Panglima Power Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Port Dickson Power Berhad, TNB Janamanjung Sdn Bhd, GB3 Sdn Bhd, Prai Power Sdn Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd.
Akaun ini membiayai lima (5) jenis program iaitu program bekalan elektrik luar bandar; program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri elektrik termasuk R&D bagi pembangunan sumber-sumber tenaga baru dan boleh diperbaharui (NRSE), program kecekapan tenaga, program pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik dan program latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik.
Akaun ini dikawal oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (JAAIBE). Ahli JAAIBE terdiri daripada wakil-wakil daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta enam (6) wakil daripada Penjanakuasa Bebas (Independent Power Producers).
Jawatankuasa tersebut bagaimanapun dibantu secara pentadbiran oleh Jawatankuasa Teknikal AAIBE (JTAAIBE) yang berfungsi untuk menilai dan memperakukan permohonan-permohonan yang layak bagi mendapatkan pembiayaan AAIBE. JTAAIBE ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)




















