Pengenalan Sektor Air

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Sektor Perkhidmatan Air bertanggungjawab terhadap proses merancang, memberi khidmat nasihat teknikal dan menyelaras segala projek yang berkaitan dengan pembangunan sumber bekalan air.

Sektor Perkhidmatan Air juga bertanggungjawab mengkaji, merangka juga menyediakan dokumen tender bagi semua projek bekalan air yang dibiayai Kerajaan Persekutuan (melalui geran ataupun pinjaman). Ia juga memberi perkhidmatan kawalan kualiti air, kawalan keselamatan empangan, mengkoordinasi program pengfloridaan, bekalan bahan sektor air dan pengurusan maklumat.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang oleh Sektor Perkhidmatan Air dilaksanakan selaras dengan misi Kementerian dan misi nasional. Penggubalan dan pewujudan dasar-dasar berkaitan industri perkhidmatan air negara (merangkumi bekalan air dan perkhidmatan pembetungan) diteruskan sepanjang tahun selaras dengan matlamat dan tujuan ke arah memodenkan industri tersebut mengikut piawaian serta amalan baik semasa yang akan menjadikan industri tersebut mapan dan berdaya maju.

 
 
I S R K J S A
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
Tambah ke kalendar