Objektif Sektor Tenaga
Objektif utama Sektor Tenaga adalah seperti berikut:
• Mempastikan bekalan elektrik yang berkualiti, cekap, selamat dan berdayaharap;
• Mempertingkatkan penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan mengelakkan pembaziran serta penggunaan elektrik yang tidak produktif;
• Meminimakan kesan negatif akibat daripada penjanaan, pembekalan dan penggunaan elektrik terhadap alam sekitar;
• Mempertingkatkan industri bekalan elektrik daripada aspek pembangunan ekonomi dan mengekalkan kualiti hidup.




















