Objektif Bekalan

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Untuk mencapai objektif bekalan, inisiatif dasar, terutama berkaitan dengan minyak mentah dan gas, tumpuan diberikan kepada usaha memanjangkan tempoh hayat sumber-sumber tenaga domestik yang telah berkurangan, serta mempelbagaikannya dalam erti kata bukan sekadar bergantung kepada minyak semata-mata malahan kepada bentuk-bentuk lain sumber tenaga.
 
Dasar Pengurangan Tenaga Negara pada tahun 1980 bertujuan memelihara simpanan minyak yang semakin berkurangan. Dasar ini, ditujukan kepada kawasan-kawasan minyak utama di mana terdapat lebih 400 juta tong minyak pada asalnya Oil Initially In Place (OIIP). Dasar ini menghadkan pengeluaran kepada 1.75% daripada OIIP. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1985, had ini dikaji semula dan dinaikkan kepada 3% berdasarkan pandangan bahawa 1.75% adalah mengikut pandangan konservatif. Hasil daripada dasar ini, jumlah pengeluaran minyak mentah dihadkan kepada lebih kurang 650,000 tong sehari. Dasar Pengurangan Tenaga Negara kemudiannya diperluaskan bukan sahaja terhadap minyak mentah malah simpanan gas asli juga. Had tertinggi pada 2,000 juta kaki padu sehari (mmscfd) dikenakan di Semenanjung Malaysia.
 
Dalam tahun 1981, kerajaan telah menerima pakai strategi 4 bahan api bagi melengkapkan Dasar Pengurangan Tenaga Negara, bertujuan mempastikan keboleharapan dan keselamatan bekalan. Strategi ini dirangka untuk mengurangkan pergantungan yang berlebihan kepada minyak sebagai sumber tenaga. Strategi ini bertujuan supaya campuran bekalan yang terdiri daripada minyak, gas, kuasa hidro dan arang batu dapat digunakan sebanyak mungkin. Sumber-sumber tempatan bagi bahan api ini digunakan untuk meningkatkan keselamatan bekalan. 
 
Memang tidak dinafikan ketika ini, kita terlalu bergantung kepada gas sebagai sumber utama bahan api untuk tujuan penjanaan. Namun begitu, selaras dengan Dasar Kepelbagaian 4 Bahan Api, jumlah penggunaan gas untuk tujuan penjanaan telah dikurangkan dan ia lebih seimbang dengan adanya stesen jana kuasa yang menggunakan arang batu sebagai sumber bahan api. Hal ini adalah sejajar dengan dasar empat bahan api, juga keperluan mengawal pengeluaran gas bagi membolehkannya bertahan lebih lama.  

Sektor pengangkutan masih terus menjadi sektor yang paling tidak dipelbagaikan daripada segi penggunaan bahanapi kerana ia amat bergantung kepada minyak. Pada tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Go Gas. Kejayaan inisiatif ini amat terhad walaupun turut disediakan insentif cukai jualan. Ini mungkin disebabkan kurangnya permintaan serta harag petrol yang terlalu rendah di Negara ini.
 
Tidak termasuk rangkaian kereta api elektrik yang terhad di kawasan ibu negara, dan cadangan mode pengangkutan berasaskan elektrik dan gas di pusat pentadbiran Putrajaya, inisiatif dasar baru tidak dapat menggerakkan sektor pengangkutan untuk mempelbagaikan penggunaan bahan api. Seperti negara lain, teknologi dan kos terus menjadi penghalang utama bagi Malaysia untuk mencapai objektif kepelbagaian bahan api dalam sektor pengangkutan.

 
 
I S R K J S A
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
Tambah ke kalendar