Objektif Alam Sekitar

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

Objektif Alam Sekitar juga mempunyai inisiatif dasar yang terhad. Semua projek pembangunan tenaga utama tertakluk kepada keperluan mandatori penilaian impak alam sekitar. Peningkatan permintaan terhadap tenaga yang semakin pesat di Malaysia memberikan tekanan kepada objektif alam sekitar.
 
Tenaga mempunyai kesan yang nyata terhadap alam sekitar pada setiap peringkat - antaranya, eksploitasi sumber-sumber tenaga, bekalan tenaga dan tahap permintaan terhadap tenaga.
 
Kesan-kesan terhadap alam sekitar seperti pengeluaran, sisa buangan dan bunyi adalah tertakluk kepada standard kualiti alam sekitar seperti kualiti udara mahupun standard pengeluaran. Walau bagaimanapun, pengeluaran bahan-bahan pencemaran ke atmosfera merupakan kesan utama tenaga kepada alam sekitar, yang mana sektor pengangkutan merupakan punca utama.
 
Standard kualiti alam sekitar di Malaysia tidaklah begitu ketat sebagaimana di negara-negara membangun yang lain tetapi perbandingan secara langsung adalah tidak adil kerana hutan-hutan dan perairan negara mempunyai kapasiti penyerapan yang amat besar dan akan merasakan kesan negatif ini. Inisiatif co-generation dan projek PGU dilihat sebagai mempunyai impak yang kurang terhadap alam sekitar berbanding dengan penjanaan-penjanaan berasaskan minyak yang lebih konvensional.

 
 
I S R K J S A
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
Tambah ke kalendar