Objektif
1. Merangka, menyelia dan melaksanakan perancangan aktiviti-aktiviti strategik serta memantap dan meningkatkan daya saing dalam industri tenaga, air dan teknologi hijau.
2. Menjadikan Malaysia sebagai hub global bagi sektor tenaga, air dan teknologi hijau.
3. Membangun dan mengembangkan keupayaan serta kemahiran dalam industri tenaga, air dan teknologi hijau.
4. Memastikan perkhidmatan tenaga, air dan teknologi hijau Malaysia bertaraf dunia, berdaya maju dan memenuhi keperluan negara dan masyarakat selaras dengan kemajuan semasa.
5. Mempromosikan kepakaran negara dalam khidmat pengurusan perkhidmatan dan acara nasional serta antarabangsa bagi sektor tenaga, air dan teknologi hijau di dalam dan luar negara.




















