Kod Etika
PI4K adalah merupakan panduan prinsip-prinsip, dalam mana semua warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) perlu patuhi dan mengambilkira prinsip-prinsip ini dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Prinsip-prinsip ini adalah:
* Prihatin
* Ilmu
* Kualiti
* Kewibawaan
* Keutuhan
* Kesejahteraan
Prihatin
* Perhubungan baik dan sihat sesama pekerja dalam sesebuah organisasi.
* Perhubungan organisasi dengan industri di sekeliling.
Ilmu
* Pembentukan masyarakat ilmu dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kerja yang tinggi dan berkualiti.
* K-KeTTHA sebagai teras pembangunan sistem maklumat.
Kualiti
* Mengamalkan budaya kualiti dalam apa jua urusan yang dilakukan.
* Melalui cara ini, servis dan prestasi KeTTHA terutamanya yang melibatkan industri terlibat seperti TMB dan TNB akan dapat dipertingkatkan di mata umum.
Kewibawaan
* Nilai wibawa yang berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar serta polisi yang dibentuk.
* Pengawalan dan pemantauan yang berkesan kepada industri-industri di bawah KETTHA.
Keutuhan
* Menerapkan nilai amanah di kalangan warga KETTHA.
* Sentiasa mengamal dan mematuhi peraturan / sistem / garis yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Kesejahteraan
* Pengamalan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan ke arah masyarakat bermoral dan beriman.
* Menghayati, memahami dan mempraktikkan konsep kerja berasaskan PI4K dan Tonggak 12.




















