Industri Pembekalan Elektrik
Sub-sektor elektrik dikuasai oleh tiga utiliti bersepadu iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo). Sub-sektor ini juga turut disokong oleh pelbagai penjana tenaga bebas (independent power producers - IPPs), pengeluar tenaga juga co-generators.
TENAGA NASIONAL BERHAD
Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat awam yang disenaraikan di BSKL, telah ditubuhkan pada tahun 1990 melalui penswastaan Lembaga Letrik Negara. TNB merupakan utiliti elektrik yang terbesar di Malaysia dengan aset yang melebihi RM64.0 bilion. Sungguhpun TNB adalah merupakan syarikat utility tunggal di Semenanjung, Kapasiti penjanaan yang dimiliki oleh TNB adalah hanya pada kadar 32.4% atau 7,096MW manakala kapasiti selebihnya adalah dimiliki oleh IPP iaitu dengan jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 14,777MW.
SABAH ELECTRICITY SDN. BHD. (SESB)
Sabah Electricity Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1 September 1998 untuk mengambil alih urusan pembekalan elektrik di negeri Sabah daripada Lembaga Letrik Sabah, yang sebelum ini adalah merupakan sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan yang telah membekalkan elektrik di Sabah dan Labuan. SESB dimiliki oleh TNB dan Kerajaan Negeri Sabah
SARAWAK ELECTRICITY SUPPLY CORP. (SESCo)
SESCo merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Sarawak di mana 55% sahamnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak memegang dan Sarawak Enterprise Corporation Bhd (SECB) pula memiliki 45% saham. Ia merupakan sebuah utiliti bersepadu sama seperti TNB dan SESB.
PENJANA TENAGA BEBAS (IPPs)
IPPs di Malaysia menjana dan menjual elektrik secara pukal kepada 3 utiliti dominan. IPPs, yang sedang beroperasi adalah seperti berikut :
Semenanjung Malaysia
|
IPP |
LOKASI |
KAPASITI (MW) |
TARIKH LESEN DIISU |
|
YTL Power Generation |
Paka, Terengganu & |
808 |
7 April 1993 |
|
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. |
Lumut, Perak |
1,303 |
15 Julai 1993 |
|
Powertek Sdn Bhd. |
Alor Gajah, Melaka |
440 |
1 Disember 1993 |
|
Port Dickson Sdn. Bhd. |
Tanjung Gemuk, Port Dickson |
440 |
1 Disember 1993 |
|
Pahlawan Power Sdn. Bhd |
Tanjung Keling, Melaka |
334 |
26 Mei 1999 |
|
Genting Sanyen Power Sdn Bhd |
Kuala Langat, Selangor |
720 |
1 Julai 1993
|
|
TTPC |
Perlis |
650 |
26th Aug 1998 |
|
Panglima |
Melaka |
720 |
7th Aug 2001 |
|
GB3 |
Lumut, Perak |
640 |
7th Aug 2001 |
|
Prai Power |
Seberang Prai, Penang |
350 |
20th Feb 2001 |
|
KEV |
Kapar, Klang |
2420 |
1st Jul 2004 |
|
Janamanjung |
Lumut, Perak |
2100 |
21st May 1998 |
|
Tg. Bin Power |
Johor |
2100 |
26th Sep 2003 |
|
Jimah Energy Ventures |
Jimah, Port Dickson |
1400 |
22th Mar 2005 |
Sabah
|
IPP |
LOKASI |
KAPASITI (MW) |
TARIKH LESEN DIISU |
|
ARL Tenaga Sdn. Bhd. |
Melawa |
50 |
14 June 1994 |
|
Serudong Power Sdn. Bhd. |
Tawau |
36 |
31 Mac 1995 |
|
Powertron Resources Sdn. Bhd. |
Karambunai |
190 |
6 Februari 1997 |
|
Stratavest Sdn. Bhd. |
Sandakan |
64.4 |
1 Oktober 1996 |
|
Sandakan Power Corporation Sdn. Bhd. |
Sandakan |
34 |
29 November 1997 |
|
SBPC |
Sepanggar |
66 |
|
|
Powertron II |
Karambunai |
190 |
|
Sarawak
Tidak terdapat sebarang IPPs di Sarawak tetapi terdapat sebuah penjana tenaga bersekutu dikenali sebagai Sejingkat Power Sdn. Bhd, syarikat penjanaan yang dimiliki bersama oleh SESCo sebanyak 49% dan Sarawak Enterprise Corporation Berhad (SECB) sebanyak 51%. Ia terletak di Sejingkat, Sarawak dan mempunyai kapasiti 50 MW sebanyak 2 unit yang mana setiap satunya digerakkan menggunakan arang batu dari Global Minerals berhampiran Kapit, Sarawak.




















