Garis Panduan Permohonan Insentif Sektor Tenaga

Versi mesra pencetakHantar kepada rakan

A. Syarikat yang memberi perkhidmatan penjimatan tenaga

i.    Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan statutori selama 10 tahun; atau

ii.    Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun dibenarkan ditolak sehingga 100% daripada pendapatan statutory bagi setiap tahun taksiran; dan

iii.    Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjimatan tenaga yang tidak dikeluarkan dalam negara dan pengecualian cukai jualan ke atas peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan.


B. Syarikat yang melakukan perbelanjaan modal bagi tujuan penjimatan tenaga untuk kegunaan sendiri

i.    Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun dibenarkan ditolak sehingga 100% daripada pendapatan statutory bagi setiap tahun taksiran; dan

ii.    Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjimatan tenaga yang tidak dikeluarkan dalam negara dan pengecualian cukai jualan ke atas peralatan yang dibeli daripada pengeluar tempatan.

C. Syarikat yang mengimport peralatan EE atau membelinya daripada pengeluar tempatan untuk kegunaan pihak ketiga

i.    pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti high efficiency motors dan insulation materials kepada pengimport termasuk agen yang diiktiraf yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga; dan

ii.    pengecualian cukai jualan diberi ke atas pembelian barangan pengguna EE seperti peti sejuk, alat penyaman udara, lampu, kipas angin dan televisyen yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.

Galakan ini berkuat kuasa bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan mulai 30 Ogos 2008 sehingga 31 Disember 2010.

 
Insentif Bagi Penggunaan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharu

A. Syarikat yang menjana tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui

i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan statutori selama 10 tahun; atau

ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun dibenarkan ditolak sehingga 100%
daripada pendapatan statutori bagi setiap tahun taksiran; dan

iii. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk menjana tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui yang tidak dikeluarkan dalam negara dan pengecualian cukai jualan ke atas peralatan yang dikeluarkan dalam negara.

Syarikat lain dalam kumpulan yang sama diberi galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan seperti di atas walaupun salah satu daripada syarikat dalam kumpulan tersebut telah mendapat galakan cukai.

B. Syarikat yang menjana tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui untuk kegunaan sendiri

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun. Elaun dibenarkan ditolak sehingga 100% daripada pendapatan statutori bagi setiap tahun taksiran.

Syarikat bukan menjana tenaga yang mengimport atau memperoleh peralatan menjana tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui untuk kegunaan pihak ketiga seperti pemaju perumahan atau pemilik bangunan tidak diberi galakan cukai.

C. Syarikat yang mengimport peralatan sistem solar fotovoltaik untuk kegunaan pihak ketiga atau membeli peralatan sistem pemanasan solar daripada pengeluar tempatan

i. pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem solar fotovoltaik untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan fotovoltaik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga; dan

ii. pengecualian cukai jualan diberi ke atas pembelian peralatan sistem pemanasan solar daripada pengeluar tempatan.

Cadangan ini berkuat kuasa bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan mulai 30 Ogos 2008 hingga 31 Disember 2010.

Insentif Bangunan Hijau

i.    Pemilik bangunan yang telah memperoleh sijil GBI diberi pengecualian cukai bersamaan 100% perbelanjaan modal tambahan yang dilakukan bagi memperoleh sijil GBI. Pengecualian ini dibenarkan ditolak sehingga 100% daripada pendapatan statutory bagi setiap tahun taksiran. Galakan ini layak bagi bangunan sedia ada yang dinaik taraf

Galakan ini diberi hanya bagi sijil GBI yang pertama dikeluarkan berkenaan dengan bangunan itu

Cadangan ini berkuatkuasa bagi bangunan yang telah mendapat sijil GBI mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014

ii.    Pembeli suatu bangunan dan rumah kediaman daripada pemaju hartanah yang telah memperoleh sijil GBI layak mendapat pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bangunan. Amaun pengecualian duti setem adalah ke atas kos tambahan bagi memperoleh sijil GBI untuk bangunan berkenaan. Galakan ini diberi sekali sahaja kepada pemilik pertama bangunan tersebut

Cadangan ini berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli (S&P) yang disempurnakan mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014

Cara-cara Memohon Insentif
 
Permohonan perlu dikemukakan kepada:
 
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Blok 4, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia

 
 
I S R K J S A
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
Tambah ke kalendar