Fungsi Sektor Tenaga
Fungsi utama Sektor Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah seperti berikut:
1. Menggubal dasar-dasar dan strategi-strategi juga melaksanakan perancangan bagi industri bekalan elektrik;
2. Menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga;
3. Kajian semula tarif yang dikenakan oleh utiliti-utiliti elektrik;
4. Memantau tahap perkhidmatan utiliti-utiliti elektrik;
5. Mentadbir urus Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE);
6. Memantau program dan pelaksanaan projek tenaga.




















