Dasar Tenaga Negara
Terdapat 3 objektif utama Dasar Tenaga Negara yang memainkan peranan penting sebagai panduan kepada pembangunan sektor tenaga pada masa hadapan. Objektif-objektif Dasar Tenaga Negara adalah seperti berikut:
Objektif Bekalan
Untuk mempastikan penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, selamat dan kos efektif melalui pembangunan sumber-sumber tenaga asli yang tidak boleh diperbaharu mahupun yang boleh diperbaharu, menggunakan pilihan-pilihan kos yang paling rendah dan kepelbagaian sumber-sumber bekalan dari dalam dan luar negara.
Objektif Penggunaan
Untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan mengurangkan pembaziran serta corak penggunaan tenaga yang tidak produktif; dan
Objektif Alam Sekitar
Untuk meminimumkan kesan-kesan negatif pengeluaran, pengangkutan, penukaran dan penggunaan tenaga kepada alam sekitar.




















