Bahagian Perancangan Dasar Dan Hubungan Antarabangsa
PENGENALAN
Bahagian Perancangan Dasar dan Hubungan Antarabangsa (DHA) memainkan tanggungjawab dalam hal berkaitan dengan hubungan kerjasama antarabangsa dalam sektor tenaga, teknologi hijau dan air (TTHA). Antara tanggungjawab utama DHA adalah untuk mempertengahkan kepentingan dan keutamaan Negara di dalam sektor TTHA. Di samping itu, DHA juga berusaha untuk menjalinkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara lain bagi mewujudkan industri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang berdaya saing diperingkat global melalui pembangunan ihsan.
Struktur DHA dibahagikan kepada 3 unit kecil yang bertanggungjawab terhadap portfolio yang dibahagikan kepada bidang masing-masing seperti berikut:
- ASEAN dan Asia
- Organisasi antarabangsa dan hubungan pelbagai hala
- Perdagangan dan Liberalisasi




