- Kategori Soalan Parlimen : Energy
YB. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN [ALOR GAJAH]
Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian akan mengamalkan ketelusan serta menerangkan kepada umum tentang pelaksanaan Loji Kuasa Nuklear Malaysia dari permulaan perancangan, pembinaan dan pengurusan operasi loji serta pihak yang terlibat dalam pembinaan, pemprosesan pihak yang bertanggungjawab serta peruntukan belanjawan.
Jawapan:Tuan Yang Dipertua,
Memandangkan Kementerian saya telah menerima 17 soalan berkaitan dengan tenaga nuklear untuk dijawab sepanjang sesi Parlimen pada kali ini, izinkan saya menjawab soalan-soalan ini secara menyeluruh dengan menyentuh semua aspek yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Parlimen Bagan, Kota Tinggi, Libaran, Tebrau, Kelang, Jasin, Ledang, Kuala Krai, Bagan, Sabak Bernam, Simpang Renggam, Selayang, Gombak, Keningau, Petaling Jaya Selatan, Alor Gajah dan Hulu Langat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Saya ingin menyentuh lapan (8) aspek dalam jawapan saya kepada Dewan Yang Mulia ini, iaitu;
(1) Pengenalan Kepada Nuklear
Saya tertarik dengan soalan Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Keningau yang meminta supaya dinyatakan apakah itu nuklear khususnya kepada rakyat yang tinggal di luar bandar. Saya percaya, ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa kita banyak menggunakan aplikasi nuklear dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, setiap kali Ahli-Ahli Yang Berhormat memasuki Bangunan Parlimen ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mendapat faedah daripada penggunaan teknologi nuklear apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat melalui mesin sinar-X atau X-ray, dengan izin, yang terdapat di pintu masuk Bangunan Parlimen sebagai langkah untuk memastikan keselamatan kita. Selain itu, teknologi nuklear juga telah lama digunakan digunakan dalam bidang lain seperti industri, perubatan dan pertanian.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tenaga nuklear merupakan tenaga yang dihasilkan oleh nukleus sesuatu atom apabila berlakunya tindak balas nuklear. Dalam loji jana kuasa nuklear, tindak balas yang berlaku ialah nuclear fission, dengan izin, yang terjadi apabila nukleus sesuatu atom berpecah kepada bentuk yang lebih kecil dengan membebaskan tenaga, neutron dan proton.
Sama seperti aplikasi dalam bidang industri, perubatan dan pertanian, penggunaan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik bukanlah merupakan teknologi baru. Ia telah mula digunakan sejak tahun 50-an dan telah memberi manfaat kepada 31 buah negara dalam memastikan bekalan elektrik yang terjamin dan berdaya harap pada harga yang kompetitif. Sebanyak 437 buah loji jana kuasa nuklear sedang beroperasi pada masa kini manakala 55 buah loji lagi sedang dibina di seluruh dunia.
(2) Keperluan Untuk Menjamin Energy Security di Semenanjung
Seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Semenanjung Malaysia tidak lagi dapat bergantung kepada gas dan arang batu untuk memenuhi keperluan bekalan elektrik dalam tempoh pasca 2020. Ini disebabkan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam pembekalan kedua-dua bahan api ini serta harga pasarannya yang tidak menentu. Kebergantungan yang tinggi kepada kedua-dua bahan api ini akan meningkatkan kos penjanaan elektrik, seterusnya menyebabkan para pengguna perlu membayar harga elektrik pada kadar yang lebih tinggi.
Oleh itu, kita perlu mempelbagaikan bahan api bagi penjanaan elektrik untuk memastikan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap pasca 2020. Salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan ialah menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy (RE), dengan izin, dengan merangka Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharu dan memperkenalkan mekanisme Feed-in-Tarif (FiT). Sungguhpun demikian, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber RE tidak dapat menampung permintaan pasca 2020 di Semenanjung khususnya bagi memenuhi keperluan baseload, dengan izin, yang memerlukan penjanaan dalam kuantiti yang besar dan berterusan.
Selain daripada kekangan teknologi untuk menghasilkan RE dalam kuantiti yang besar secara berterusan, kos penjanaan elektrik yang tinggi daripada sumber RE juga menyebabkan Kerajaan tidak dapat bergantung kepada sumber RE bagi memenuhi permintaan elektrik pasca 2020, walaupun sumber-sumber RE adalah mudah didapati. Wind and sunlight are free but wind and solar power are not, dengan izin. Justeru itu, tenaga nuklear dilihat sebagai salah satu opsyen jangka panjang yang mampu mempelbagaikan sumber penjanaan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dengan harga yang kompetitif kepada para pengguna.
(3) Dasar Kerajaan Mengenai Penggunaan Nuklear Bagi Penjanaan Elektrik
Oleh itu, Kerajaan pada masa ini sedang menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai salah satu opsyen penjanaan elektrik pasca 2020. Walau pun saya pernah mengumumkan bahawa loji jana kuasa nuklear pertama di negara ini dijangka beroperasi pada tahun 2021, Kementerian saya bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi-agensi lain akan melaksanakan kajian-kajian yang diperlukan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Pendekatan Kerajaan dalam hal ini adalah selari dengan keperluan yang digariskan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) dan amalan di negara-negara lain yang telah mempunyai loji jana kuasa nuklear. Kajian-kajian yang akan dilaksanakan tersebut dijangka siap pada tahun 2012 dengan menghasilkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear atau Nuclear Power Infrastructure Development Plan (NPIDP), dengan izin, sebagai asas dan panduan kepada Kerajaan untuk membuat keputusan kelak.
(4) Peningkatan Kesedaran Masyarakat Terhadap Nuklear
Memang tidak dinafikan, semua negara yang membangunkan program tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik menghadapi tentangan daripada masyarakat pada peringkat awalnya disebabkan kurangnya pendedahan dan pengetahuan mengenai teknologi tersebut. Tentangan daripada masyarakat secara umumnya adalah disebabkan isu pengurusan sisa radioaktif yang dihasilkan oleh loji-loji jana kuasa nuklear serta isu keselamatan loji-loji jana kuasa nuklear ekoran daripada insiden yang berlaku di Three Mile Island, USA pada tahun 1979 dan Chernobyl pada tahun 1986.
Menyedari hakikat tersebut, Kementerian saya bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan sedang merancang untuk melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam secara komprehensif dan telus untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat tentang teknologi nuklear. Saya yakin, apabila rakyat diberi penjelasan yang sebenar mengenai isu-isu ini, rakyat akan lebih faham dan dapat menerima bahawa penggunaan teknologi nuklear bagi penjanaan elektrik adalah selamat dan tidak memberikan kesan negatif kepada mereka dan juga alam sekitar.
(5) Isu Keselamatan Loji Jana Kuasa Nuklear
Berhubung isu keselamatan loji jana kuasa nuklear, ia merupakan isu yang sering menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap tenaga nuklear, yang mengaitkannya dengan insiden yang berlaku di Chernobyl pada tahun 1986. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, salah satu punca kejadian di Chernobyl ialah penggunaan teknologi yang tidak selamat kerana loji tersebut dibina pada asalnya untuk tujuan ketenteraan, bukannya untuk tujuan penjanaan elektrik. Masyarakat sebenarnya tidak perlu bimbang akan kemungkinan insiden seperti itu akan berulang kerana teknologi nuklear yang diguna pakai pada masa ini tidak memungkinkan insiden seperti itu berlaku di mana-mana loji jana kuasa yang ada pada masa ini. Malah, penambahbaikan yang dilakukan kepada teknologi nuklear pada masa kini membolehkan reaktor nuklear dihenti tugas dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Isu lain yang sering dibangkitkan oleh orang ramai ialah mengenai kadar radiasi di loji-loji jana kuasa nuklear yang akan memberikan kesan negatif kepada penduduk di sekitar loji. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kadar radiasi di loji-loji jana kuasa nuklear sebenarnya adalah lebih rendah daripada kadar radiasi yang terdapat di persekitaran kita atau background radiation dengan izin. Ini adalah kerana reaktor nuklear yang dibina pada masa kini mempunyai 5 lapisan keselamatan untuk menghalang pelepasan radiasi dari reaktor nuklear ke persekitaran. Pemantauan radiasi dibuat secara berterusan disekitar loji dan akan dipantau oleh pihak berkuasa regulatori. Contohnya, tahap radiasi di sekitar loji jana kuasa nuklear di Jepun adalah kurang daripada 0.001 miliSievert setahun berbanding dengan purata radiasi di persekitaran dunia iaitu 2.4 miliSievert setahun. Sebagai perbandingan, pendedahan terhadap radiasi semasa CT scan untuk satu kali ialah 6.9 miliSievert. MiliSievert merupakan unit yang digunakan untuk mengukur tahap radiasi. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang akan kesan radiasi dari loji-loji jana kuasa nuklear sekiranya Kerajaan memutuskan untuk membina loji-loji jana kuasa nuklear di negara ini kelak.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa negara kita juga telah mempunyai reaktor nuklear berkapasiti 1 MW yang terletak di Agensi Nuklear Malaysia. Ia telah beroperasi selama 28 tahun tanpa memberi sebarang kesan negatif kepada kawasan sekitar mahupun kakitangan di Agensi tersebut.
Berhubung dengan kaedah pengurusan sisa nuklear yang turut menimbulkan kebimbangan masyarakat, Kerajaan akan memastikan bahawa kaedah yang akan dipraktikkan adalah mengikut garis panduan keselamatan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa serta yang ditetapkan oleh IAEA.
(6) Lokasi Bagi Loji Jana Kuasa Nuklear
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Dengan mengambil kira permintaan elektrik yang tinggi di Semenanjung pasca 2020, loji jana kuasa nuklear pertama negara dijangka akan dibina di Semenanjung. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih belum menentukan lokasi penempatan loji jana kuasa nuklear itu. Bagi menentukannya, Kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa dengan mengambil kira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar, hidrologi, seismik, tektonik, geomografi, dan sebagainya. Lesen tapak loji hanya akan dikeluarkan setelah kesemua kajian termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi selesai dilaksanakan bagi memastikan supaya loji jana kuasa nuklear yang dibina mematuhi peraturan-peraturan keselamatan nuklear yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Justeru itu, Kerajaan sedang melaksanakan kajian yang diperlukan untuk mengenal pasti tapak yang sesuai.
Dalam erti kata lain, Kerajaan akan memastikan bahawa semua peraturan yang berkaitan dengan keselamatan loji jana kuasa nuklear dipatuhi sekiranya loji jana kuasa nuklear dibina di negara ini. Sebagai ahli kepada International Atomic Energy Agency (IAEA) sejak tahun 1969, Malaysia sudah semestinya akan menggunakan khidmat kepakaran badan tersebut untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keselamatan loji jana kuasa seperti yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
(7) Kos Bagi Membangunkan Loji Jana Kuasa Nuklear
Dalam membangunkan sesebuah loji jana kuasa nuklear, memang tidak dinafikan kos permulaan yang amat besar diperlukan dan jumlahnya berbeza-beza mengikut saiz, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki. Oleh itu, kos sebenar bagi membangunkan loji jana kuasa nuklear akan hanya diketahui setelah Kerajaan menentukan pembekal teknologi bagi loji tersebut.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kos bagi loji-loji jana kuasa nuklear terbaru yang sedang dibina di Emiriyah Arab Bersatu dan Turki, anggaran kos bagi loji jana kuasa nuklear yang berkapasiti 1000 Mega-Watt (MW) ialah sekitar USD2.5 billion sehingga USD4 billion. Kos ini belum mengambil kira kos-kos lain seperti kos untuk melaksanakan kajian-kajian serta kos pembangunan soft infrastructure seperti membangunkan sumber manusia dan memantapkan undang-undang dan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan tenaga nuklear kelak.
Sungguhpun kos permulaan bagi membangunkan loji jana kuasa nuklear adalah besar, kos operasi termasuk kos bahan api nuklear, adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji-loji jana kuasa minyak, gas asli atau arang batu. Kos bahan api yang rendah di loji-loji jana kuasa nuklear iaitu sekitar 26% daripada kos operasi berbanding dengan 78% bagi arang batu dan 94% bagi gas, menyebabkan kos penjanaan elektrik bagi setiap Megawatt-jam oleh loji-loji jana kuasa nuklear adalah kompetitif berbanding dengan loji-loji berasaskan sumber tenaga lain.
(8) Kaedah Pembiayaan Projek Nuklear
Mengenai kaedah pembiayaan pembangunan loji jana kuasa nuklear pula, Kerajaan akan mengkaji kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh negara-negara lain sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Memandangkan pembangunan loji jana kuasa nuklear memerlukan pembiayaan kewangan yang besar, penglibatan Kerajaan dalam projek seumpama ini amatlah kritikal bagi memudahkan urusan mendapatkan pembiayaan. Kerajaan juga akan meneliti secara menyeluruh dan terperinci segala aspek pembiayaan kewangan yang difikirkan perlu melalui perbincangan dengan pihak perunding bertauliah dan juga pembekal yang akan dilantik nanti.
Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang panjang untuk menjawab secara terperinci soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjemput Ahli-Ahli Yang Berhormat ke Majlis Makan Malam yang akan diadakan pada 29 Jun 2010. Dalam Majlis itu, Kementerian saya akan menjemput pakar-pakar nuklear dari dalam dan luar negara untuk memberi penerangan lebih lanjut mengenai penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik. Ahli-Ahli Yang Berhormat juga akan berpeluang bertanyakan lebih banyak soalan dalam Majlis tersebut.
YB. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG]
Tarikh: Selasa, 6 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar kepada persekitaran loji jana kuasa nuklear yang dicadangkan dibina di Malaysia dan lokasi serta cara sisa nuklear tersebut dibuang.

YB. DR MOHD HATTA MD RAMLI [KUALA KRAI]
Tarikh: Khamis, 8 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan serius untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar tenaga nuklear dan bila usaha ini akan dimulakan.

YB. TUAN MOHAMED AZMIN ALI [GOMBAK]
Tarikh: Isnin, 12 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan keputusan untuk membina loji tenaga nuklear yang dijangka beroperasi pada tahun 2012. Berapakah nilai kos pembinaan loji tersebut dan bagaimanakah Kerajaan bercadang membiayai kos tersebut.

YB. TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]
Tarikh: Isnin, 7 Jun 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021. Di manakah lokasi loji dan impaknya kepada kawasan sekitar. Apakah langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa-sisa nuklear yang bakal dipraktikkan.

Y.B SEN. DR. SYED HUSIN BIN ALI
Tarikh: Selasa, 3 Ogos 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan butiran lengkap jumlah penggunaan dan penghasilan tenaga elektrik di Malaysia mengikut jenis-jenis sektor penggunaannya.
(PERTANYAAN BERTULIS)
Jawapan:Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Jumlah penggunaan dan penghasilan tenaga elektrik di Malaysia adalah berbeza di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jumlah penghasilan tenaga elektrik di Semenanjung bagi tahun 2009 adalah sebanyak 92,623 Gigawatt hour (GWh) manakala jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi tahun yang sama adalah sebanyak 84,884 GWh. Bagi negeri Sabah pula, jumlah penghasilan tenaga elektrik bagi tahun 2009 adalah sebanyak 4,443 GWh dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3,736 GWh bagi tahun yang sama. Manakala di negeri Sarawak pula, jumlah penghasilan tenaga elektrik adalah sebanyak 5,538 GWh dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik sebanyak 4,417 GWh bagi tahun 2009. Dengan itu jumlah penghasilan tenaga elektrik negara bagi tahun 2009 adalah sebanyak 102,604 GWh manakala jumlah penggunaan tenaga elektrik negara bagi tahun yang sama adalah sebanyak 93,037 GWh.
Pecahan penggunaan tenaga elektrik mengikut sektor juga adalah berbeza di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kedudukan penggunaan tenaga elektrik bagi tahun 2009 mengikut sektor di Semenanjung adalah seperti berikut:
i. Industri : 44 %
ii. Komersial : 35 %
iii. Domestik : 21 %
Bagi negeri Sabah, pecahan penggunaan tenaga elektrik mengikut sektor bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:
i. Komersial : 38 %
ii. Domestik : 33 %
iii. Industri : 29 %
Manakala bagi negeri Sarawak, pecahan penggunaan tenaga elektrik mengikut sektor adalah seperti berikut:
i. Komersial : 30 %
ii. Industri : 29 %
iii. Domestik : 25 %
iv. Industri (Special Agreement) : 16%
YB. DATIN PADUKA DATUK NOR HAYATI BINTI TAN SRI DATO’ SERI ONN
Tarikh: Selasa, 3 Ogos 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan berapakah kos loji nuklear dan nyatakan lokasi, kos pembersihan serta cara-cara sisa nuklear dinyahkan. (PERTANYAAN BERTULIS)
Jawapan:Yang Berhormat Senator, Kos pembangunan sesebuah loji jana kuasa nuklear adalah berbeza-beza mengikut saiz, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki. Oleh itu, kos sebenar bagi membangunkan loji jana kuasa nuklear akan hanya diketahui setelah pembekal teknologinya ditentukan. Walau bagaimanapun, kos pembinaan loji-loji jana kuasa nuklear yang terbaru seperti di Emiriyah Arab Bersatu dan Turki boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan gambaran awal berhubung kos yang diperlukan. Anggaran kos bagi loji jana kuasa nuklear tersebut adalah sekitar USD2.5 billion sehingga USD4 billion bagi loji yang berkeupayaan 1000 Mega-Watt (MW). Yang Berhormat Senator, Memandangkan Kerajaan masih belum membuat keputusan yang muktamad berhubung pembinaan loji jana kuasa nuklear pertama negara, maka lokasi penempatannya juga masih belum ditentukan. Namun, kajian untuk mengenal pasti tapak yang sesuai sedang dilaksanakan dan Kerajaan akan memastikan segala peraturan dan piawaian antarabangsa diguna pakai dan dipatuhi sepenuhnya dalam menentukan lokasi yang bersesuaian. Kebiasaannya penempatan sesebuah loji jana kuasa nuklear juga akan mengambil kira keperluan untuk menyimpan bahan api nuklear terpakai (spent fuel) atau lebih dikenali sebagai sisa nuklear. Hakikatnya, spent fuel bukanlah merupakan bahan buangan atau sisa kerana ini boleh diproses semula untuk dijadikan bahan api bagi loji jana kuasa nuklear. Oleh itu, bahan api terpakai ini akan disimpan di tempat simpanan sementara di loji-loji jana kuasa nuklear untuk tempoh 30 hingga 40 tahun. Ia disimpan di dalam kolam penyejukan ataupun secara penyimpanan kering untuk mengawal radiasi daripada bahan api terpakai itu sebelum dikeluarkan untuk diproses semula atau dilupuskan di dalam struktur geologi kekal di dalam bumi.
TAN SRI DATUK TEE HOCK SENG
Tarikh: Rabu, 28 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan kemungkinan Kementerian mengadakan mekanisme untuk memantau pembinaan menara kawat elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad berhampiran kawasan perumahan supaya tidak menimbulkan perasaan ketidaksenangan yang boleh menyebabkan bantahan penduduk tempatan.
Jawapan:Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Bagi maksud pembinaan atau pemasangan apa-apa sistem pengagihan bekalan elektrik, termasuklah pembinaan menara kawat elektrik atau transmission tower (dengan izin) pemegang lesen iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah tertakluk kepada perkara-perkara di bawah Seksyen 11, Akta Bekalan Elektrik 1990, khususnya bagi projek-projek baru. Di bawah peruntukan seksyen tersebut, pemegang lesen hendaklah memberikan notis kepada pemilik tanah berkaitan bagi memberi peluang kepada mereka membantah di Pejabat Pentadbir Tanah. Sekiranya ada bantahan, Pentadbir Tanah akan menyiasat bantahan tersebut dan jika pihak yang membantah masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pentadbir Tanah, mereka bolehlah merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah muktamad.
Di samping itu, pihak TNB juga mempunyai prosedur dan kriteria tertentu di dalam merekabentuk menara talian penghantaran voltan tinggi dan memilih laluan talian penghantaran untuk meminimakan bantahan penduduk-penduduk berhampiran. Bagi projek menaiktaraf talian penghantaran ke voltan yang lebih tinggi, TNB biasanya menggunapakai kawasan rentis laluan sedia ada bagi mengelakkan pengambilan tanah kawasan baru yang boleh menyebabkan berlakunya bantahan penduduk setempat.
Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan sosial, pihak TNB biasanya akan mengadakan sesi penerangan kepada penduduk sekitar mengenai projek menaik taraf sebelum ianya dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya salah faham di kalangan mereka. Isu yang biasanya ditimbulkan oleh penduduk ialah berhubung soal-soal keselamatan, kesihatan iaitu kesan Electric Magnetic Field (EMF), dengan izin, faktor penurunan harga rumah/bangunan dan hilang upaya penggunaan tanah. Isu-isu ini merupakan punca penduduk membantah projek menaik taraf ini.
Di dalam menangani isu kebimbangan kesan EMF, TNB telah melantik pakar-pakar EMF untuk membuat kajian berhubung dengan tahap EMF yang terhasil di kawasan talian penghantaran. Kajian mendapati tahap EMF yang direkodkan di kawasan tengah talian penghantaran adalah 30 miligauss (mG). Manakala di sempadan rentis (20 meter daripada garis tengah rentis) tahap EMF yang direkodkan adalah 13 mG. Ini jauh lebih rendah daripada tahap keselamatan yang disyorkan oleh World Health Organization (WHO) iaitu sebanyak 1000 mG.
TUAN MOHD KHALID BIN AHMAD
Tarikh: Rabu, 28 Julai 2010
Soalan:
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan apakah faktor-faktor yang akan diambil kira oleh Kerajaan bagi menimbang permohonan TNB untuk menaikkan tarif elektrik dan setakat ini berapakah jumlah subsidi harga gas yang telah diberikan kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sejak tahun 1997 dan berapakah jumlah keuntungan yang telah diperoleh oleh IPP sejak itu.
Jawapan:Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Dalam menimbang permohonan TNB untuk menaikkan tarif elektrik, antara faktor yang diambil kira oleh Kerajaan adalah kenaikan harga bahan api. Ini kerana industri bekalan elektrik mempunyai ciri-ciri perbelanjaan modal dan kos operasi yang tinggi, khususnya kos bagi mendapatkan bahan api bagi tujuan penjanaan elektrik. Ini dapat dilihat dengan kenaikan harga arang batu dan gas asli di pasaran dunia yang membawa kepada peningkatan yang mendadak dalam kos penjanaan elektrik negara.
Selain daripada kos bahan api, komponen-komponen lain yang diambil kira untuk semakan semula tarif elektrik ialah:
i. Kos pembayaran kapasiti dan tenaga kepada IPP;
ii. Kos operasi dan senggaraan yang turut dipengaruhi oleh kadar inflasi;
iii. Perbelanjaan modal untuk pembangunan infrastruktur penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik (sekitar RM 4 hingga 5 bilion setahun). Kos pembinaan infrastruktur pembekalan elektrik ini turut dipengaruhi oleh kos komoditi logam seperti aluminium, tembaga, keluli dan lain-lain;
iv. Kos pinjaman yang juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang asing (foreign exchange); dan
v. Pencapaian TNB dalam meningkatkan kecekapan dan tahap daya harap pembekalan elektrik sebagaimana yang terkandung dalam prestasi sasaran KPInya seperti System Average Interruption Duration Index (SAIDI), Thermal Plant Efficiency, Unplanned Outage Rate, System Minutes dan lain-lain.
Dengan mengambil kira semua aspek-aspek ini, Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan keseimbangan dalam industri bekalan elektrik. Sekiranya terdapat keperluan untuk mengkaji semula kadar tarif elektrik, Kerajaan akan memastikan ia tidak akan membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Sukacita saya ingin memberikan penjelasan bahawa Kerajaan tidak pernah memberikan subsidi yang dikeluarkan secara langsung dalam bentuk kewangan bagi membiayai penjana kuasa bebas atau independent power producers (IPP), dengan izin, milik swasta. Ini adalah kerana keputusan Kerajaan untuk menswastakan stesen penjanaan elektrik melalui kaedah Bina-Kendali-Milik (build-operate-own) adalah sebagai langkah bagi mengimbangi permintaan dan pembekalan elektrik negara serta meningkatkan tahap kecekapan pengendalian sistem pembekalan elektrik.
Walaupun begitu, Kerajaan telah memberikan subsidi kepada sektor elektrik dalam bentuk harga gas yang rendah. Kerajaan telah menetapkan harga gas sebanyak RM6.40/MMbtu yang berkuat kuasa semenjak Mei 1997 dan dinaikkan kepada RM14.31/MMbtu pada 2008. Akan tetapi harga gas kepada sektor elektrik telah dikurangkan kepada RM10.70/MMbtu pada awal 2009 sehingga sekarang berikutan trend penurunan harga di pasaran antarabangsa. Jumlah subsidi gas kepada sektor elektrik secara keseluruhannya dari tahun 1997 sehingga tahun 2009 adalah sebanyak RM75.31 bilion. Penetapan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik ini adalah bagi memastikan pengguna-pengguna mendapat bekalan elektrik pada kadar tarif yang rendah.
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian ini tidak dibekalkan dengan penyata aliran tunai (cash flow) pihak IPP, maka Kementerian ini tidak dapat membekal maklumat mengenai jumlah keuntungan yang diperoleh oleh IPP di Semenanjung setakat ini. Sungguhpun begitu, pada masa ini, setiap IPP termasuk Tenaga Nasional Berhad diminta menyumbang 1% daripada jumlah hasil tahunan yang diaudit ditolak kos bahan bakar bagi tahun sebelumnya kepada dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).
Y.B. PUAN HAJAH MUMTAZ BINTI MD. NAWI
Tarikh: Selasa, 27 Julai 2010
Soalan:
Y.B. PUAN HAJAH MUMTAZ BINTI MD. NAWI minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan agensi Kerajaan dan swasta yang mengendalikan kajian terhadap sumber tenaga diperbaharui daripada sisa pepejal di seluruh negara dan apakah insentif khusus yang diberikan serta adakah Kerajaan bersungguh-sungguh untuk membangunkan sumber tenaga diperbaharui daripada sisa pepejal negara.
Jawapan:Tuan Yang Dipertua,
Izinkan saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Dato' Hajah Saripah Aminah Binti Haji Syed Mohamed dan Y.B. Puan Hajah Mumtaz Binti Md. Nawi secara bersekali memandangkan ia menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan sumber tenaga diperbaharu daripada sisa pepejal.
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan memandang serius mengenai pembangunan tenaga boleh diperbaharu negara termasuk penjanaan tenaga daripada sisa pepejal. Penjanaan tenaga boleh diperbaharu daripada sisa pepejal adalah berasaskan konsep waste to energy yang lebih mesra alam. Selain daripada Kementerian saya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi Kerajaan yang terlibat dengan pengurusan sisa pepejal negara iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Pembersihan Awam sedang dalam usaha menyelesaikan perkara ini secara holistik.
Kementerian saya sentiasa bekerjasama dengan KPKT dan pihak-pihak yang berkaitan dengan perkara ini kerana tujuan utama pengurusan sisa pepejal yang efisien kerana ia dapat menyelesaikan isu-isu sosial, kesiahatan dan alam sekitar sekali gus. Oleh yang demikian KeTTHA telah melibatkan kerjasama daripada KPKT dan agensi-agensinya pada peringakt awal Kajian Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharu. Di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharu yang akan diperkenalkan mulai tahun 2011, sisa pepejal telah dikenal pasti sebagai salah satu sumber yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sumber penjanaan elektrik.
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Pada masa ini, bagi menggalakkan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah melaksanakan program Small Renewable Energy Power (SREP) dimana pemaju-pemaju yang menjana elektrik daripada tenaga boleh diperbaharu termasuk sisa pepejal boleh menjual tenaga elektrik yang dijana kepada pihak utiliti pada kadar RM0.21/kWj. Selain itu, pemaju juga boleh memohon untuk mendapatkan insentif fiskal seperti Taraf Perintis (Pioneer Status), pengecualian cukai pelaburan, dan pengecualian duti import ke atas mesin, peralatan, alat ganti yang diimport. Bagi mesin, peralatan, alat ganti yang keluarkan di dalam negara, pemaju layak untuk mendapat pengecualian cukai jualan.
Di masa akan datang, adalah dijangka sambutan bagi pembangunan penjanaan kuasa daripada sumber sisa pepejal lebih meningkat dengan pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FIT) yang akan bermula pada tahun 2011 di bawah pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharu. Ini memandangkan tarif premium yang di tawarkan di bawah mekanisme ini akan membantu meningkatkan viability projek-projek ini. Usaha-usaha ini menunjukkan kerajaan benar-benar serius membangunkan sumber tenaga diperbaharui daripada sisa pepejal yang akan dapat memastikan pengurusan sisa pepejal negara yang ekonomik, berdaya maju dan mampan dalam jangka masa panjang.